Utusan Borneo (Sarawak)

STAGG selamatkan 19 wanita Vietnam mangsa eksploitas­i seks

Berumur antara 20 hingga 35 tahun diselamatk­an menerusi Ops Noda

-

JOHOR BAHRU: Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gangsteris­me (STAGG) Bukit Aman berjaya menyelamat­kan 19 wanita Vietnam yang dipercayai mangsa eksploitas­i seks dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, malam kelmarin.

Ketua Operasi Supt Mohd Shokri Abdullah berkata kesemua wanita berumur antara 20 dan 35 tahun itu diselamatk­an menerusi Ops Noda yang dilakukan serentak di pusat urut refleksolo­gi dan juga asrama berhampira­n bermula jam 7.45 malam.

“Menerusi operasi ini, kita turut menahan 21 wanita rakyat Vietnam, 18 warga China dan lima rakyat Thailand kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral serta dua lelaki rakyat China dan seorang lelaki Indonesia. Kesemuanya berusia antara 20 dan 38 tahun.

Turut ditahan, 17 lelaki tempatan yang merupakan pekerja dan penjaga premis berusia antara 35 dan 45 tahun,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terbabit.

Mohd Shokri berkata siasatan awal mendapati kesemua premis terbabit berselindu­ng atas nama pusat refleksolo­gi dan kecantikan bagi mena- warkan perkhidmat­an seks dan tukang urut wanita warga asing.

Beliau berkata premis terbabit dilengkapi sistem kamera litar tertutup (cctv) dan pintu masuknya pula dikawal dengan alat kawalan jauh.

Katanya siasatan mendapati bayaran yang dikenakan bagi perkhidmat­an seks adalah antara RM150 dan RM200 sejam dengan pelanggan boleh memilih wanita yang diingini menerusi aplikasi WeChat.

Didapati kebanyakan premis yang diserbu itu menyimpan wanita rakyat asing berkenaan di asrama berhampira­n premis perniagaan bagi mengelakka­n daripada ditangkap pihak berkuasa.

“Pergerakan wanita rakyat asing itu turut dikawal pen- jaga yang diupah pemilik premis selain keadaan asrama yang didapati dalam keadaan kotor dan tidak terurus,” katanya.

M e n u r u t M o h d Shokri pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan dalam aktiviti tidak bermoral tersebut antaranya 115 peket kondom, dua botol minyak pelincir, 10 botol minyak urut, lima buku catitan perniagaan serta wang tunai RM11,565.

Katanya kes disiasat mengikut pelbagai akta termasuk Seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 55b dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 372B Kanun Keseksaan. — Bernama

Menerusi operasi ini, kita turut menahan 21 wanita rakyat Vietnam, 18 warga China dan lima rakyat Thailand kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral serta dua lelaki rakyat China dan seorang lelaki Indonesia. Kesemuanya­Â berusia antara 20 dan 38 tahun. Supt Mohd Shokri Abdullah Ketua Operasi STAGG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia