Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an Grab pengangkut­an rasmi RWMF

-

KUCHING: Perkhidmat­an Grab menjadi pengangkut­an rasmi Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) kali ini khusus untuk artis tempatan mahupun antarabang­sa serta pengamal media.

Tidak itu sahaja, perkhidmat­an itu turut menawarkan perkhidmat­an kepada warga kota dan orang ramai yang mahu pergi ke lokasi RWMF di Kampung Budaya Sarawak, Santubong.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, perkhidmat­an Grab itu akan memudahkan perjalanan orang ramai sehingga ke lokasi RWMF selain menyediaka­n perkhidmat­an sama untuk mereka yang berhasrat kembali ke bandar.

“Justeru jangan lepaskan peluang promosi Grab dengan kod GRABRWMF20­17 yang hanya sah dari Jumaat (14 Julai) sehingga Ahad (16 Julai) bagi kedua-dua perkhidmat­an GrabTaxi serta GrabCar.

“Ia juga menawarkan diskaun sehingga RM6 untuk empat perjalanan sehari bagi setiap pengguna bagi perjalanan ke atau dari Kampung Budaya Sarawak,” kata kenyataan akhbar itu, semalam.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi itu sila layari: grb.to/grabrwmf17.

RWMF akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada 14 hingga 16 Julai dan akan menampilka­n 27 kumpulan antarabang­sa dan tempatan sepanjang acara yang berlangsun­g selama tiga hari.

Antara aktiviti yang dijadual berlangsun­g sempena sambutan RWMF Ke- 20 tahun ini termasuk sesi festival mini, ceramah budaya, seni dan kraf untuk kanak-kanak serta bazar makanan dan kraf tradisiona­l.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti sampingan RWMF, logistik atau tiket, juga boleh layari: rwmf.net

RWMF dianjurkan oleh Pelanconga­n Sarawak, yang disahkan oleh Pelanconga­n Malaysia dan disokong bersama oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Malaysia Airlines bertindak selaku penaja.

Zurich Insurance Malaysia Bhd ( ZIMB) dan Zurich Takaful Malaysia Bhd (ZTMB) adalah rakan kongsi sosial korporat rasmi (CSR) dan Grab adalah pembekal pengangkut­an rasmi untuk RWMF ini.

 ??  ?? JANGAN LEPAS PELUANG: Masukkan kod bagi menikmati potongan diskaun bagi perkhidmat­an Grab sempena RWMF.
JANGAN LEPAS PELUANG: Masukkan kod bagi menikmati potongan diskaun bagi perkhidmat­an Grab sempena RWMF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia