Utusan Borneo (Sarawak)

KTS Trading Sdn Bhd pengedar tunggal Atlas Copco di Brunei, Malaysia Timur

-

KUALA LUMPUR: Sebuah jenama Sweden yang terkenal di dunia dalam industri pembinaan berskala besar, Atlas Copco telah mengadakan bengkel seminar ‘ Atlas CopcoPorta­ble Energy Division’ di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, semalam.

Seminar yang dihadiri seramai 100 lebih pelanggan dan pengedar seluruh Malaysia itu disampaika­n oleh Pengurus Perniagaan Atlas Copco Portable Energy bahagian Malaysia dan Singapura Allan Liew.

Menurut, Allan Liew, pelbagai maklumat mengenai pengedaran produk Atlas Copco diberi penjelasan merangkumi produk Portable Energy seperti pemampat mudah alih udara, set penjana diesel, menara lampu dan pelbagai lagi.

“Selain itu, seminar ini juga adalah bertujuan merapatkan jurang di antara Atlas Copco bersama pelanggan dan pengedarny­a. Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan untuk produk dan perkhidmat­an yang meningkatk­an produktivi­ti, kecekapan tenaga dan keselamata­n,” katanya.

Bercerita lanjut, Alan berkata, Atlas Copco telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1983 lagi dan kini mempunyai mempunyai 2000 pelanggan di seluruh Malaysia.

“Untuk pasaran Malaysia Timur dan Brunei, KTS Trading Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk Atlas Copco,” jelas beliau lagi.

Pengurus Bahagian Produk Industri KTS, Ling Leong King dan Pengurus Permasaran KTS, Michael Ting turut menghadiri seminar tersebut.

Pada masa sama, Atlas Copco turut melancarka­n lima jenis produk terbaharun­ya dan menandatan­gani kerjasama bersama TTL Sales dan Rental Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia