Utusan Borneo (Sarawak)

Nikmati pemandanga­n indah Sg S’wak di Riverine Diamond

-

KUCHING: Kondominiu­m Riverine Diamond yang terletak di pusat bandar raya ini menawarkan penginapan terbaik kepada penghuniny­a dengan pemandanga­n indah di sepanjang sungai Sarawak.

Dibangunka­n oleh IJM Land Bhd (IJM Land), kondominiu­m ini merupakan sebahagian daripada projek Kuching Riverine Resort yang menawarkan kemudahan penginapan berkonsepk­an resort kepada pemiliknya.

Lebih menarik, kondominiu­m ini turut dikeliling­i dengan pelbagai kemudahan seperti restoran terbaik di Kuching, kedai, bank, klinik, hotel serta Pasar Komuniti Petanak yang terletak beberapa minit sahaja dari kondominiu­m ini.

Projek terbaharu ini merangkumi dua blok yang menawarkan 312 unit kondominiu­m untuk direbut di mana blok A telah pun siap manakala blok B masih lagi dalam kerjakerja penyiapan struktur dan bangunan.

Riverine Diamond turut dilengkapi dengan tiga sistem keselamata­n meliputi pagar perimeter dengan pemeriksaa­n keselamata­n di pintu masuk, lif keselamata­n 24 jam di ruang lobi dan kad akses berasingan untuk setiap tingkat.

Bagi mereka yang mementingk­an gaya hidup sihat, kemudahan seperti pusat kecergasan, kemudahan yoga, kolam renang dan taman permainan turut disediakan untuk kegunaan penghuniny­a.

Unit-unit kediaman Riverine Diamond turut dibina dan dilengkapi dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dengan rangka pintu dan tingkap kacanya dibuat daripada bahan yang diimport dari Jerman.

Bertepatan dengan tema kediaman ala resort, Riverine Diomand turut menawarkan unit-unit mewah yang terletak di tingkat atas bangunan.

Selain itu, reka bentuk unitunit Riverine Diamond turut inovatif dan sesuai untuk semua jenis penghuni dari bujang, pasangan muda, profesiona­l dan pelabur hartanah.

Unit-unitkediam­aninibersa­iz dari 484 kaki persegi bagi unit jensi studio hingga 1,937 kaki persegi dengan tiga bilik tidur.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki satu daripada unit kediaman ini yang ditawarkan pada harga bermula dariRM388,458.

Selain itu, IJM Land juga sedang membangunk­an pusat komersial tiga tingkat di Kuching Riverine Resort terletak di bawah Kondominiu­m Riverine Diamond.

Pusat komersial ini dijangka siap pada Disember 2018 dan penyewa bagi pusat komersial ini dijangka akan diumumkan pada hujung tahun ini.

IJM Land turut menawarkan promosi pakej ‘i.d.e.a.l’ bagi pembelian unit kondominiu­m Riverine Diamond.

Pakej ini merangkumi plan bayaran balik menarik (sifar faedah bagi 5 peratus deposit pertama melalui MBB atau kad kredit CIMB bagi enam atau 12 bulan).

Faedad-faedah lain di bawah pakej ini termasukla­h yuran guaman dan duti setem per- cuma perjanjian terpilih dan banyak lagi) serta bayaran balik rendah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini kunjungi Pejabat Jualan IJM Land di Tingkat 2 Riverine Emerald, Jalan Petanak, 93100, Kuching, Sarawak.

Pihak yang berminat juga boleh melihat unit contoh Riverine Diamond di Galeri Jualan IJL Land di Riverine Diamond atau hubungi 016-5777817 (Joan), 016-5782356 (Ryan), atau pejabat 082-231678 atau kunjungi laman web www. ijmland.com.

IJM Land juga akan mempamerka­n projeknya pada Ekspo Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula hari ini hingga 16 Julai di booth nombor S4 yang terletak di bahagian kanan pintu masuk utama.

 ??  ?? REKA BENTUK INOVATIF: Pandangan hadapan projek Kuching Riverine Resort di mana ketika ini kerja-kerja struktur Blok B Riverine Diamond telah 80 peratus siap manakala bangunanny­a 50 peratus telah siap.
REKA BENTUK INOVATIF: Pandangan hadapan projek Kuching Riverine Resort di mana ketika ini kerja-kerja struktur Blok B Riverine Diamond telah 80 peratus siap manakala bangunanny­a 50 peratus telah siap.
 ??  ?? KEDIAMAN MEWAH: Riverine Diomand menawarkan unit kediaman mewah di tingkat atas bangunan sejajar dengan tema kehidupan ala resort.
KEDIAMAN MEWAH: Riverine Diomand menawarkan unit kediaman mewah di tingkat atas bangunan sejajar dengan tema kehidupan ala resort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia