Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita UMNO Perlis sokong tiada calon ‘payung terjun’ untuk PRU14

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Vietnam Truong Hoa Binh di pejabat beliau di sini semalam.

Majlis itu yang bermula pada jam 11 pagi, berlangsun­g kira-kira 15 minit, dengan kedua-dua pemimpin berbincang tentang pelbagai isu.

Malaysia dan Vietnam menjalin hubungan dan kerjasama dua hala sejak 44 tahun lepas dalam pelbagai bidang, termasuk perdaganga­n.

Tahun lepas, nilai perdaganga­n dan pelaburan antara Malaysia dan Vietnam berjumlah kira-kira AS$10.3 bilion.

Susulan pemeteraia­n perjanjian Perkongsia­n Strategik Malaysia-Vietnam pada 2015, kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan dua hala kepada AS$15 bilion menjelang 2020.

Truong tiba di sini pada Selasa lepas untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjadi timbalan perdana menteri pada 9 April tahun lepas. — Bernama KANGAR: Pergerakan Wanita UMNO Perlis menyokong penuh saranan Ketua Perhubunga­n UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya pucuk pimpinan parti tidak meletakkan calon ‘payung terjun’ untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya Rela Ahmad berkata kepimpinan pusat juga tidak perlu mengimport orang luar atau yang tidak aktif dalam parti untuk menjadi calon di Perlis.

“Kenapa perlu ambil mereka (orang luar atau yang tidak aktif) sedangkan terdapat banyak pemimpin lain di peringkat bahagian dan cawangan yang bertungkus­lumus memperjuan­gkan parti dan diterima oleh masyatakat,” katanya.

Rela mengulas kenyataan Shahidan baru- baru ini bahawa UMNO Perlis ‘ mengharamk­an’ calon pa- yung terjun untuk bertanding dalam PRU14 kerana menjadi beban kepada parti selain tidak adil kepada mereka yang bekerja keras melaksanak­an pelbagai program parti dan sentiasa turun padang.

“Saya berharap pucuk pimpinan parti mengambil kira pandangan ahli akar umbi agar peluang Barisan Nasional memenangi piliharan bertambah cerah,” katanya.

Katanya Shahidan yang turut memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita untuk dipilih menjadi calon adalah positif kerana sayap Wanita banyak menyumbang kepada kejayaan UMNO.

Perlis mempunyai dua anggota dewan undangan negeri wanita iaitu Asmaiza Ahmad ( DUN Chuping) dan Rela (DUN Bintong), keduaduany­a daripada UMNO.

Kedua-duanya juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. — Bernama KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) telah merampas 550 daripada 45,000 unit rumah yang disewakan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sejak Januari lepas berikutan perlanggar­an beberapa syarat, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan menerusi Operasi Pemutihan Perumahan DBKL itu bertujuan memastikan unitunit PPR yang disewakan tidak disalah guna penyewa asal seperti tidak menetap dan menyewakan kepada pihak ketiga atau warga asing.

“Berikutan permintaan terhadap rumah sewa tinggi, ada penyewa asal mengambil kesempatan dengan mengenakan sewa yang tinggi kepada pihak ketiga. Saya minta janganlah ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Bila masalah ini berlaku, kami tidak akan bertolak ansur dan surat perjanjian sewaan mereka terus dibatalkan serta merta. Cara ini kita boleh beri ruang kepada 80,000 rakyat yang masih menunggu untuk menyewa, yang rata- ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampu­an,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) DBKL bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Terdahulu, Tengku Adnan dan Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad menyaksika­n majlis menandatan­gani serta melafaz ikrar yang diketuai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Tengku Adnan berkata majlis yang sama akan diadakan di Putrajaya dan Labuan supaya warga kerja dapat membudayak­an sikap integriti dan bebas rasuah dalam melaksanak­an tugas.

Sementara itu, Dzulkifli berkata setakat ini, 223 agensi di seluruh negara mengambil bahagian dalam IBR dan berharap lebih banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membantu menjadikan negara ini bebas rasuah menjelang 2020. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib (kanan) bersalaman dengan Truong semasa menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Tetap Vietnam itu di pejabatnya di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Najib (kanan) bersalaman dengan Truong semasa menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Tetap Vietnam itu di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia