Utusan Borneo (Sarawak)

MRT mampu kurangkan 160,000 kenderaan ke pusat bandar

-

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendiri­an memasuki Lembah Klang setiap hari apabila perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh- Kajang ( Laluan SBK) beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah optimis bahawa penggunaan perkhidmat­an Laluan SBK sejauh 51km itu dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas secara drastik di ibu kota.

“Apabila anggaran 400,000 penumpang menggunaka­n Laluan SBK setiap hari, ini bermakna kami menjangka dapat mengurangk­an 160,000 kenderaan di atas jalan setiap hari.

“Sebuah tren dengan empat gerabak boleh membawa 1,200 penumpang dengan selesa...bayangkan ruang yang diperlukan jika setiap penumpang ini terus menggunaka­n kenderaan masingmasi­ng untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

“Jika jumlah penumpang ini meninggalk­an kereta masing-masing di rumah dan mengambil tren, bayangkan ruang kosong yang dapat diwujudkan di atas jalan serta pemilik kenderaan dapat menjimatka­n masa dan kos perbelanja­an,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hampir dua juta orang telah menggunaka­n perkhidmat­an MRT sejak fasa pertama Laluan SBK meliputi jarak sepanjang 21km dari Sungai Buloh ke Semantan mula beroperasi sejak Disember tahun lepas.

Fasa dua Laluan SemantanKa­jang, sepanjang 30km, yang melengkapk­an jajaran MRT SBK, akan dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini.

Bagi kemudahan pemilik kenderaan, Najmuddin berkata MRT menyediaka­n 14 tempat letak kereta bertingkat dan terbuka dengan 8,000 petak di stesenstes­en sepanjang Laluan SBK bagi menggalakk­an lebih ramai orang menggunaka­n perkhidmat­an itu untuk berulang-alik ke pusat bandar.

Tambahan pula, sejumlah 300 bas pengantara akan beroperasi bagi mem- bawa orang ramai ke stesen berdekatan dengan setiap bas berkapasit­i 62 penumpang dengan kekerapan setiap 10 minit, katanya.

“RapidRail, operatorMR­T, meramalkan bilangan pengguna akan meningkat 10 kali ganda pada masa masa akan datang daripada purata 15,000 penumpang sehari kepada 150,000 penumpang sebaik sahaja fasa dua laluan Semantan-Kajang dibuka,” katanya.

Beliau berkata satu lagi faktor yang akan menggalakk­an orang ramai menggunaka­n kemudahan tersebut ialah faktor tambang yang berpatutan.

Misalnya, beliau berkata, tambang tiket dari Sungai Buloh ke Kajang hanya RM5.50 dengan penggunaan kad Touch N’ Go dan RM4.60 untuk bayaran tunai dan masa perjalanan adalah kira-kira 80 minit.

“Bayangkan jika anda memandu dari Sungai Buloh ke Kajang dari segi masa, kos petrol, tol serta tekanan yang anda perlu lalui tetapi dengan menggunaka­n perkhidmat­an MRT, anda mendapat banyak faedah dari segi ekonomi, penjimatan kos dan masa serta kurang stres serta dapat melakukan per- jalanan dengan selesa,” katanya.

Pada keseluruha­n, Laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua laluan Semantan-Kajang di mana tujuh merupakan stesen bawah tanah.

Stesen laluan SemantanKa­jang terletak di Muzium Negara, Pasar Seni, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Maluri, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Con- naught.

Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, B u k i t D u k u n g , S u n - gai Jernih, Merdeka, Stadium Kajang dan stesen Kajang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkut­an awam bagi menguji keberkesan­an fasa kedua sistem Transit Aliran Massa (MRT) bermula dari Stesen MRT Pusat Bandar Damansara (PBD) ke stesen MRT Merdeka,...
— Gambar Bernama CERIA: Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkut­an awam bagi menguji keberkesan­an fasa kedua sistem Transit Aliran Massa (MRT) bermula dari Stesen MRT Pusat Bandar Damansara (PBD) ke stesen MRT Merdeka,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia