Utusan Borneo (Sarawak)

Kampus Muzium Sarawak mercu baharu destinasi pelanconga­n

Kedua terbesar di wilayah ini selepas Galeri Nasional Singapura: Karim

-

KUCHING: Kampus Muzium Sarawak baharu sebaik siap akan menjadi mercu tanda baharu negeri ini terutama untuk pencinta warisan dan pelancong.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan keluasan kira-kira 7,000 meter persegi, ia juga akan menjadi kedua terbesar di wilayah ini selepas Galeri Nasional Singapura yang berkeluasa­n kira-kira 10,000 meter persegi.

Menurutnya, setakat semalam pembinaan projek bernilai RM300 juta itu yang dimulakan tahun lepas, adalah mengikut jadual dengan kadar siap 37 peratus.

“Pembinaan fizikal kompleks muzium ini dijangka siap pada Disember 2018.

“Bagaimanap­un, ia akan memakan masa untuk meletakkan semua artifak dan oleh itu, kompleks muzium ini dijangka dapat dibuka menjelang Februari 2020,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak Kampus Muzium Sarawak di sini, semalam.

Pembinaan fizikal kompleks muzium ini dijangka siap pada Disember 2018. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan.

Selain galeri dibuka kepada orang ramai, Karim berkata seksyen penyimpana­n dan pemulihara­an artifak juga bakal disedia di kompleks muzium itu yang turut akan diguna Jabatan Muzium untuk menjalanka­n kajian.

Beliau menambah, ia juga akan dilengkapi auditorium di dalamnya diguna bagi memberi taklimat kepada pelancong dan pelajar sebelum memulakan lawatan.

“Satu hari mungkin tidak cukup untuk melawat kampus muzium ini kerana ia begitu luas,” katanya.

Namun demikian, Karim berkata walaupun dengan adanya Kampus Muzium Sarawak baharu, Muzium Sarawak sedia ada akan tetap beroperasi dengan artifak sendiri.

Pada masa sama, beliau berkata muzium lain unik seperti Muzium Tektil, Muzium Islam, Muzium Warisan Cina dan Muzium Polis juga akan diselengga­ra untuk menyokong Kampus Muzium Sarawak.

“Tidak semestinya kita meletakkan semua di dalam kampus muzium tetapi semua muzium sedia ada akan terus dibuka kerana ia memiliki keunikan masing-masing,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Karim (tiga kiri) meninjau projek Kampus Muzium Sarawak yang masih dalam pembinaan. Turut kelihatan Lee (dua kiri), Ipoi (kiri) dan yang lain.
TINJAU: Karim (tiga kiri) meninjau projek Kampus Muzium Sarawak yang masih dalam pembinaan. Turut kelihatan Lee (dua kiri), Ipoi (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia