Utusan Borneo (Sarawak)

PTPTN gesa ibu bapa manfaatkan geran khas RM25 juta

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggesa ibu bapa yang mempunyai anak tahun satu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN1 Plus bagi merebut manfaat geran khas RM25 juta yang diperuntuk­kan sehingga akhir tahun ini.

Pengerusin­ya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata di bawah insentif itu, penyimpan dalam kedua-dua skim akan menerima tambahan simpanan sebanyak RM50 secara percuma.

“Setakat ini kita tidak ada lagi keputusan baharu. Kita hanya sediakan geran RM25 juta sehingga akhir tahun ini sahaja. Jadi kita tidak ada apa- apa keputusan untuk melanjutka­n dan berharap jumlah itu dapat dihabiskan tahun ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan Wow! 20 tahun PTPTN, di sini semalam.

Insentif itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang­kan Bajet 2017 pada Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata dianggarka­n terdapat kira-kira 500,000 murid tahun satu di seluruh negara tahun ini dan ibu bapa mereka hanya perlu mendeposit­kan RM50 bagi melayakkan mereka menerima simpanan tambahan itu.

Sehingga 30 Jun lalu, kirakira 3.7 peratus daripada murid tahun satu menerima simpanan tambahan percuma tersebut, katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata sejak diperkenal­kan sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 2.87 juta akaun dibuka bagi keduadua skim terbabit dengan jumlah deposit lebih RM2.78 bilion.

Terdahulu, Shamsul Anuar melancarka­n Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN bagi semua pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus yang membuat pembukaan atau penambahan akaun.

Cabutan itu merangkumi cabutan bulanan dan cabutan istimewa dengan menawarkan lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 yang diadakan sempena ulang tahun ke20 penubuhan PTPTN pada 1997.

Sementara itu, dalam usaha meningkatk­an jumlah penabungan dalam SSPN-i Plus, Shamsul Anuar berkata PTPTN memperkena­lkan program Sahabat Niaga bagi menggalakk­an penyertaan dalam kalangan agensi atau persatuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia