Utusan Borneo (Sarawak)

Grand Prix British janjikan saingan sengit

Hamilton, Vettel dijangka cetus perlumbaan lebih sengit, tegang di Litar Silverston­e Ahad ini

-

Pandangan saya ialah Lewis tidak bernasib baik seperti yang kami harapkan. Toto Wolff Pengurus Mercedes

ilton d i temp a t keemp a t , s a i n g a n lebih sengit dan tegang dijangkaka­n di Litar Silverston­e di sini. Populariti dan reputasi Vettel, peman pemandu dari Ferrari, terjejas da dalam beberapa minggu semen sementara Hamilton juga dirund dirundung malang apabila tercicir 20 mata di belakang Vettel d dalam saingan kategori pemand pemandu.

Peno Penonton tuan rumah dijangka akan memberikan sepenu sepenuh sokongan kepada Hamilt Hamilton sementara Vettel ham hampir pasti akan sudah bersed bersedia dengan sebarang kemun kemungkina­n.

Tetap Tetapi ia bukan satu-satunya isu y yang menjadi perhatian perlum perlumbaan tahun ini kerana ia juga menjadi persaingan dua pa pasukan hebat – Ferrari dan Mercedes, juara sejak tiga tahun yang lalu.

Ia pastinya menjamin kehadiran lebih ramai penonton di Silverston­e, di mana lebih dari 120,000 orang dijangka hadir pada perlumbaan Ahad ini jika cuaca memihak kepada mereka.

Hamilton juga mempunyai sebab untuk cuba bangkit mengejar Vettel dengan memburu kemenangan keempat berturut-turut di Silverston­e dan menyamai rekod Alain Prost, pemandu legenda dari Perancis.

Pengurus Mercedes, Toto Wolff, percaya Hamilton tidak bernasib baik dalam beberapa perlumbaan yang lalu dan berharap rentak akan kembali memihak kepadanya.

“Pandangan saya ialah Lewis tidak bernasib baik seperti yang kami harapkan,” kata beliau.

“Kami mengecewak­an beliau dengan beberapa masalah kereta dan sekarang sudah tiba masa untuk bangkit semula dan saya berharap ia akan berlaku di Silverston­e.”

Hamilton sendiri mengelak diri dari khalayak ramai sejak kekecewaan di perlumbaan di Austria tetapi mengakui: “Saya bukan ahli sihir, tetapi ia tidak kelihatan bagus ketika ini.

“Dan bagaimana saya akan mengubahny­a? Kami masih ada perjalanan yang jauh, ia boleh berubah dalam satu perlumbaan tetapi semakin besar jurang (mata) semakin sukar dan tertekan situasinya.”

Ditanya tentang sikap berdiam diri selepas perlumbaan di Austria, beliau berkata: “Ia penting untuk mereka yang menonton dan juga mereka yang melaporkan untuk memahami bahawa anda harus bersama dengan kami sebagai pemandu.

“Anda berlatih, anda berkorban segala- galanya untuk mendapatka­n keputusan terbaik. Jadi apabila anda gagal memberikan keputusan yang diinginkan dan perkara lain menjejaska­n anda, ia sukar untuk bersemuka dan berkata ‘ tidak mengapa, semuanya OK,’ kerana ia bermakna anda tidak begitu ambil kisah.”

Kemenangan kedua Bottas musim ini membolehka­n beliau berada di tangga ketiga keseluruha­n kategori pemandu tetapi 35 mata di belakang Vettel dan masih mampu untuk bersaing kejuaraan dunia. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia