Utusan Borneo (Sarawak)

Posa terima keputusan David dengan hati terbuka

-

KUCHING: Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak ( FAS), Dato Posa Majais menerima dengan hati yang terbuka keputusan Ketua Jurulatih, David Usop untuk berehat dari membimbing pasukan Sarawak.

Menurut Posa, meskipun berat untuk menerima keputusan tersebut namun ia perlu untuk mengembali­kan semula keyakinan pasukan dan penyokong terhadap Sarawak.

“Kita faham situasi dihadapi David, beliau berada dalam keadaan tertekan kerana rasa tanggungja­wab terhadap prestasi merosot pasukan Sarawak. Namun, FAS juga berada dalam tekanan.

“Kita tiada pilihan melainkan terpaksa menerima keputusan beliau untuk meredak keadaan dan cuba mengem- balikan semula keyakinan pasukan dan penyokong.

“Pengurusan faham David telah mencuba sebaik mungkin untuk membantu pasukan namun nasib mungkin tidak menyebelah­inya. Jurulatih mana yang tidak mahu pasukannya menang?” jelas beliau pada sidang media semalam.

Posa bagaimanap­un mengucapka­n jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa David selama ini.

Tambahnya, Penolong Jurulatih Pengiran Bala akan memangku tugas ketua jurulatih sambil dibantu Pengarah Kejurulati­han, Abdul Wahet Uji buat sementara waktu.

Menjelas lanjut, Posa berharap penyokong terus memberikan sokongan padu terhadap pasukan Sarawak meskipun barisan kejurulati­han telah berubah.

Beliau juga berharap penyokong faham dengan kekangan kewangan dihadapi FAS dan tidak terus menerus menghukum pengurusan setiap kali mendapat keputusan yang negatif.

“Memang kita ada perancanga­n untuk memantapka­n pasukan namun peruntukan kita amat terhad pada tahun ini. Untuk rekod FAS hanya mendapat tajaan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB), Rimbunan Hijau dan SACOFA pada tahun ini.

“Justeru, pihak pengurusan terpaksa berbelanja secara berhemah dan mengambil pemain import mengikut kemampuan dan keperluan.

“Apa yang penting, kita tidak mahu berhutang dengan pemain. Tambahan lagi, peruntukan sedia ada juga terpaksa digunakan untuk membiayai pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.

“Untuk rekod juga, Sarawak merupakan pasukan dengan bajet terkecil dalam saingan Liga Super. Namun, kita masih berupaya memberikan saingan dan ketika ini berada di atas Melaka United dan Pulau Pinang yang berbelanja jauh lebih besar,” jelas Posa lagi.

David pada sidang media kelmarin mengumumka­n berehat dari membimbing pasukan Sarawak berkuat kuasa serta-merta.

Ia ekoran prestasi buruk Sarawak ketika ini menyaksika­n pasukan itu mengalami tiga kekalahan berturut-turut dengan yang terbaru tewas 1-3 di tangan Felda United FC pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia