Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Piala Belia Sarawak terpaksa tunggu aksi terakhir

-

KUCHING: Skuad Piala Belia Sarawak terpaksa menunggu perlawanan terakhir menentang Terengganu pada 30 Julai ini untuk menentukan sama ada mereka boleh melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Meskipun berjaya menumpaska­n PKNS FC dengan jaringan 1- 0 kelmarin, ia belum cukup untuk membawa mereka ke pusingan seterusnya kerana pencabar terdekat, Terengganu turut menang pada perlawanan kelmarin dengan menewaskan SSMP B17, 3-2.

“Gembira kerana kita berjaya mencatat kemenangan ke atas PKNS FC.

“Namun, kita perlu men- unggu perlawanan terakhir menentang Terengganu di gelanggang lawan untuk mengesahka­n tempat ke suku akhir,” ujar Ketua Jurulatih, Safri Amit semalam.

Sarawak ketika ini menduduki tempat kedua Kumpulan A dengan mengumpul 28 mata dari tujuh kemenangan, tujuh kali seri dan tiga kekalahan manakala Terengganu tempat keempat dengan 26 mata.

Namun, ia masih belum selamat kerana pasukan di kedudukan kelima, SSTMI B-17 boleh memintas kerana turut mempunyai 26 mata.

Jika Sarawak menang atau seri di Terengganu, mereka secara automatik layak ke pusingan seterusnya.

“Saya percaya peluang akan memihak kepada Sarawak dan yang penting pemain harus fokus ke arah itu,” tambah Safri lagi.

Mengulas perlawanan kelmarin, Safri berkata Sarawak boleh menang dengan jaringan besar jika deretan peluang disempurna­kan dengan baik.

Justeru, beliau mahu pemainnya meningkatk­an lagi corak permainan sebelum menghadapi perlawanan penting pada hujung bulan ini.

Yang pasti tegasnya, Sarawak akan memasang strategi istimewa untuk memastikan mereka beroleh kejayaan di Terengganu.

Gol tunggal tuan rumah dijaringka­n Mohammad Adif Salim minit ke-36.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia