Utusan Borneo (Sarawak)

8 pemain tenis Bintulu menyinar pada kejohanan MSSS di Kuching

-

BINTULU: Lapan pemain dari Bahagian Bintulu merangkul beberapa kejuaraan pada Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Sarawak ( MSSS) di Kuching yang berlangsun­g dari 3 hingga 7 Julai lalu.

Bintulu diwakili oleh pemain- pemain kategori umur 18 tahun ke bawah iaitu Chieng Shao Gan dan Chieng Shao Wei, kategori 15 tahun ke bawah iaitu Jimmy Liong, Phang Chen Wan, Phang Chen Wei, Lydia Liong dan 12 tahun ke bawah terdiri daripada Ahmad Zaqwan dan Ethan Zechariah.

Kategori 15 tahun ke bawah menyaksika­n Jimmy Liong muncul juara, manakala pasangan beregu Chieng Shao Gan dan Chieng Shao Wei muncul juara kategori 18 tahun ke bawah.

Sementara itu, lima pemain Bintulu dipilih untuk mewakili Sarawak pada Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor dari 4 hingga 10 Ogos depan.

Mereka ialah Chieng Shao Gan, Chieng Shao Wei, Jimmy Liong, Lydia Liong dan Ahmad Zaqwan.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program pembanguna­n sukan tenis di Bintulu boleh menghubung­i jurulatih tenis, Liong Woei Hua menerusi talian 0198552278 atau kunjungi Kelab Kidurong Bintulu (KKB) yang telah menubuhkan Akademi Tenis KKB.

Akademi Tenis KKB dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Bahagian Bintulu (BDLTA) atau BDLTA-KKB ditubuh bertujuaan untuk melatih pemain yang baharu berjinak-jinak dalam sukan tenis, selain membangunk­an pemain sedia ada mahupun yang telah mahir.

Pemain baharu yang dilatih di akademi tersebut seawal umur enam tahun dan pihak akademi menyasar untuk memperkemb­ang dan sedang berusaha menambah secara progresif jumlah pemain tenis di Bintulu.

 ??  ?? BAKAT BESAR: Para pemain tenis Bintulu merakam gambar kenangan.
BAKAT BESAR: Para pemain tenis Bintulu merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia