Utusan Borneo (Sarawak)

Crystal Ong temui peminat di Emart Riam, malam ini

-

SEBAGAI tanda penghargaa­n kepada pelanggan, kompleks beli- belah Emart Riam menganjur acara penampilan istimewa penyanyi pop Crystal Ong pada malam ini, 14 Julai bermula jam 7.30 malam.

Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan idola mereka, bergambar dan menyanyi bersama beliau.

Selain itu, untuk meraikan bakat dimiliki semua lapisan umur, pengurusan Emart Riam mempelawa orang ramai yang berbakat dalam bidang nyanyian menyertai sesi uji bakat ‘Rock Your Talent’ pada Sabtu 15 Julai 2017 ini.

Crystal Ong, merupakan selebriti tidak asing lagi dalam dunia hiburan di Malaysia dengan lagu- lagu Mandarin beliau.

Pada tahun 2000, beliau bersama tiga penyanyi Queenzy Cheng, Angeline Khoo dan Cass Chin, membentuk sebuah kumpulan diberi nama ‘ M- Girls’ yang setakat ini telah menghasilk­an lebih 20 album. SARAWAK hanya mencatatka­n dua kes dengan nilai rampasan RM66 dan jumlah kutipan kompaun RM200 sepanjang pelaksanaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Hari Raya Puasa 2017 yang berkuat kuasa dari 17 hingga 30 Jun lepas.

Timbalan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguaa­n (KPDNKK) Abdul Hafidz A. Rahim berkata kedua-dua kes itu dikesan di bahagian Kuching dan kesalahan dilakukan ialah di bawah Perintah 2 (1) Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penandaan Harga Barangan Terkawal (nombor 5) 2017.

“Sepanjang dua minggu skim dilaksanak­an, KPDNKK Sarawak telah memeriksa 2,828 premis di seluruh negeri, melibatkan semua bahagian.

“Namun hasil pemeriksaa­n itu, hanya dua kes dilaporkan dengan nilai rampasan RM66 dan jumlah kutipan kompaun RM200,” katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

Abdul Hafidz yang juga Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak berkata pelaksanaa­n SKHMP (Hari Raya Puasa) 2017 menunjukka­n penurunan kes bertanding tahun lepas. Beliau berkata, penurunan itu disebabkan pemahaman yang tinggi dalam kalangan peniaga di negeri ini mengenai peraturan-peraturan di bawah SKHMP. “Kesalahan yang dicatatkan tahun ini kurang dari tahun lepas kerana peniaga sudah bekerjasam­a dan memahami peraturan-peraturan di bawah SKHMP. “Tambahan pegawaipeg­awai penguat kuasa dan pemantau harga sentiasa berada di lapangan memantau kegiatan aktiviti perniagaan terutama yang menjual barangan terkawal di bawah SKHMP Hari Raya tahun ini,” katanya. Bagaimanap­un beliau tidak dapat memberi jumlah kes yang direkodkan semasa pelaksanaa­n SKHMP (Hari Raya Puasa) 2016 kerana masih bertugas di luar kawasan ketika dihubungi baru-baru ini.

Sementara itu Bernama baru-baru ini melaporkan tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan mencatatka­n kesalahan tertinggi sepanjang pelaksanaa­n SKHMP (Hari Raya Puasa) 2017.

Bernama memetik Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin sebagai berkata Terengganu, Pahang dan Kelantan masing-masing mencatatka­n 14, 12 dan 11 kes.

“Sepanjang 14 hari pelaksanaa­n skim kawalan harga, kita melakukan pemeriksaa­n terhadap 23,661 premis perniagaan di seluruh negara merangkumi 932 pemeriksaa­n ke atas pemborong dan 22,729 peruncit.

“Sejumlah 74 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga bagi pelbagai kesalahan,” katanya.

 ??  ?? ABDUL HAFIDZ
ABDUL HAFIDZ
 ??  ?? PUJAAN RAMAI: Crystal Ong akan muncul di kompleks belibelah Emart Riam di Miri, malam ini.
PUJAAN RAMAI: Crystal Ong akan muncul di kompleks belibelah Emart Riam di Miri, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia