Utusan Borneo (Sarawak)

MBM tawar hadiah wang tunai dalam pertanding­an hasil video ‘Discover Miri, Uniquely Borneo’

-

MAJLIS Bandaraya Miri (MBM) menawarkan wang tunai RM2,000 kepada pemenang utama pertanding­an video pendek ‘Discover Miri, Uniquely Borneo’ yang telah dibuka penyertaan pada 1 Julai lalu.

Tempat kedua berpeluang membawa pulang wang tunai RM1,000 diikuti tempat ketiga dengan RM500, serta sagu hati RM100 untuk 15 pemenang seterusnya.

Menurut pengerusi penganjur Kaunselor Ernest Goh, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga Sarawak sehingga 30 Ogos depan.

“Inilah peluang warga Sarawak untuk menunjukka­n bakat masing-masing dalam menghasilk­an sebuah video pendek mengenai keunikan Borneo khususnya bandar raya Miri.

“Antara objektif penganjura­n pertanding­an ini untuk mempromosi keindahan menarik bahagian Miri, yang merupakan salah satu lokasi pelanconga­n terkenal dengan sejarah, tempat menarik, kebudayaan, makanan, kraf tangan, suasana waktu malam dan keunikan pelbagai etniknya,” katanya.

Goh berkata demikian pada sidang media yang diadakan di bilik mesyuar- at MBM di Miri, kelmarin.

Jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n MBM, video berkenaan perlu berdasarka­n persekitar­an di Miri sama ada dari segi tempat, kebudayaan, makanan ataupun suasana.

“Video tersebut perlulah berdurasi selama tiga minit dalam pelbagai bahasa mengikut kreativiti anda tetapi perlu diserta sarikata bahasa Inggeris bagi yang menggunaka­n bahasa ibunda atau bahasa lain,” ujarnya.

Penyertaan terbuka kepada masyarakat setempat kecuali kakitangan MBM, secara individu ataupun berkumpula­n dengan bayaran RM10 untuk setiap penyertaan.

“Peserta boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan dan setiap penyertaan tersebut akan dikenakan bayaran RM10.

“Mereka juga diwajibkan menghantar borang berserta bayaran dan turut disertakan dengan pemacu pena (pendrive) atau cakera padat (CD) selewat-lewatnya pada jam 5 petang 30 Ogos ke pejabat MBM,” katanya.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati dengan memuat naik melalui laman sesawang MBM www.miricounci­l. gov.my

 ??  ?? SERTAI KAMI: Goh (duduk tengah) dan ahli jawatankua­sa lain mengalu-alukan penyertaan orang awam bagi pertanding­an video pendek Discover Miri, Uniquely Borneo yang telah dibuka penyertaan sehingga 30 Ogos depan.
SERTAI KAMI: Goh (duduk tengah) dan ahli jawatankua­sa lain mengalu-alukan penyertaan orang awam bagi pertanding­an video pendek Discover Miri, Uniquely Borneo yang telah dibuka penyertaan sehingga 30 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia