Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah terbuka ‘ujian’ sepanjang

- Oleh Erda Khursyiah Basir

KEMERIAHAN sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disusuli dengan jemputan ke rumah terbuka sepanjang Syawal dengan pelbagai hidangan makanan bagaikan satu kemestian bagi majoriti umat Islam di negara ini.

Juadah seperti lemang, rendang, ketupat, lontong, kuah kacang dan beraneka jenis kuih yang lazimnya hanya dinikmati ketika hari raya, seringkali menjadi tumpuan dan pilihan utama untuk menjamu selera.

Pendek kata, Syawal adalah peluang untuk menikmati apa sahaja makanan lebih-lebih lagi apabila bertandang ke rumah saudaramar­a yang menyajikan pelbagai jenis juadah.

Ketibaan Syawal setahun sekali juga seringkali dijadikan alasan untuk kebanyakan masyarakat ‘makan sesuka hati’, sehingga adakalanya mengabaika­n kesihatan dan memudaratk­an diri.

Pensyarah Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis berkata, meskipun Syawal disambut meriah dengan pelbagai juadah, ia bukanlah ‘tiket’ untuk mengabaika­n amalan pemakanan sihat.

“Tidak boleh tidak, menjadi tradisi untuk menghidang­kan aneka juadah pada hari raya.

“Namun begitu, kita perlu bijak memilih dan sentiasa mengamalka­n pemakanan sihat pada setiap masa demi menjaga kesihatan diri,” jelas beliau.

“Pengambila­n makanan secara tidak terkawal boleh meningkatk­an berat badan secara mendadak bahkan menyumbang kepada risiko penyakit kronik.

“Justeru amalan pengambila­n diet dan makanan sihat perlu dititikber­atkan kerana ia akan membantu mengekalka­n tahap kesihatan yang baik,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut Ahmad Faizal berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk pengambila­n makanan mengikut saiz hidangan atau dalam kuantiti yang kecil dan memilih makanan yang rendah kalori seperti buahbuahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

“Masyarakat juga perlu memilih makanan yang tinggi serat bagi mengelakka­n sembelit, mengehadka­n pengambila­n makanan yang manis dan berlemak seperti dodol serta makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.

“Selain itu buah-buahan perlu dijadikan sebagai pencuci mulut dan memperbany­akkan minum air kosong berbanding minuman berperisa karbonat atau minuman lain yang manis kerana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan,” saran beliau. UJIAN SYAWAL

Ahmad Faizal turut berkata, Syawal juga adalah ‘ujian’ kepada mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi kerana perlu berdepan dengan cabaran menu makanan yang pelbagai.

Golongan itu kata beliau, perlu berdisipli­n dan mengawal diri demi kesihatan mereka.

Menurut beliau, sikap segelintir golongan itu yang bersikap acuh tidak acuh bahkan ‘melanggar pantang’ akan memakan diri sendiri kerana berkemungk­inan berdepan masalah kesihatan yang lebih buruk.

“Golongan ini perlu berhati-hati dalam memilih makanan, sebagai contoh, mereka yang menghidap kencing manis atau darah tinggi wajib mengawal pengambila­n gula dan makanan berlemak serta tinggi kandungan garam,” katanya.

Berkongsi bahawa tuan rumah juga perlu memainkan peranan dalam memastikan juadah yang dihidangka­n kepada tetamu berada dalam lingkungan menu sihat, Ahmad Faizal turut mencadangk­an beberapa perkara termasuk menyediaka­n air kosong kepada tetamu setiap kali waktu makan.

Beliau pada masa sama berkata, makanan juga perlu dihidangka­n dalam saiz yang kecil dengan menggunaka­n pinggan dan mangkuk yang lebih kecil, serta mengasingk­an gula apabila menghidang­kan minuman seperti kopi atau teh.

“Selain menu sayuran seperti salad bersama hidangan utama ketika makan, tuan rumah juga boleh menghidang­kan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

“Hidangan seperti jeruk, asam dan gula-gula perlu dielakkan kepada tetamu,” katanya sambil menambah pilihan makanan seperti sup adalah lebih baik berbanding yang bersantan kerana ia mengandung­i lemak dan kolesterol yang tinggi.

Ditanya mengenai sebarang tip bagi mengelak masyarakat makan berlebihan ketika meraikan Syawal, beliau berkata menghimpun­kan lima kumpulan makanan dalam menu diet seharian adalah antara yang perlu dilakukan.

Lima kumpulan makanan itu terdiri daripada karbohidra­t, protein, lemak, vitamin dan mineral.

“Sekali lagi, buahbuahan dan sayursayur­an penting dan tidak boleh diabaikan.

“Mengehadka­n pengambila­n kalori sebanyak 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama dan lima gram atau satu sudu teh gula sahaja untuk minuman manis serta bersenam tiga hingga lima kali seminggu juga perlu diamalkan,” cadang beliau.

Ahmad Faizal pada masa sama turut berkongsi saranan pengambila­n kalori yang sesuai untuk peringkat umur termasuk lelaki dan wanita dewasa berdasarka­n Panduan Diet Malaysia, 2010.

Menurut beliau, berdasarka­n saranan itu, kalori yang sesuai bagi golongan dewasa yang berumur 18 hingga 59 tahun yang mengamalka­n cara hidup sedentari adalah 2,000 kalori sehari bagi lelaki dan 1,500 kalori sehari bagi wanita. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar hiasan Bernama ?? BERJAGA-JAGA: Makan biarlah berpada-pada lebih-lebih lagi apabila perlu menghadiri banyak jemputan ke rumah terbuka sepanjang Syawal ini.
— Gambar hiasan Bernama BERJAGA-JAGA: Makan biarlah berpada-pada lebih-lebih lagi apabila perlu menghadiri banyak jemputan ke rumah terbuka sepanjang Syawal ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia