Utusan Borneo (Sarawak)

MJC City tawar peluang pelaburan lumayan pada SHEDA 2017

-

KUCHING: MJC City Developmen­t Sdn Bhd (MJC City) menawarkan peluangpel­uang pelaburan lumayan pada Ekspo Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hujung minggu ini.

Salah satunya adalah One Residency, hartanah berpagar dan dikawal yang menerima Anugerah Kecemerlan­gan SHEDA atas rekaan serta konsepnya.

Ciri-ciri keselamata­n yang berpagar dan dikawal adalah salah satu tarikannya sebagai rumah atas tanah, selain merupakan pertama di Kuching yang mempunyai kemudahan pusat peranginan dan ciri-ciri keselamata­n.

Diliputi landskap persekitar­an hijau bagi memberi ketenangan kepada para penghuni, One Residency terletak di Bandar Baru Batu Kawah, kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar raya dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

MJC City akan melancarka­n fasa baharu One Residency tidak lama lagi dan ia hanya mempunyai 31 unit, yang merangkumi rumah bandar (town house) satu setengah tingkat dan rumah berangkai (link house) dua tingkat.

One Residency merupakan pilihan terbaik jika pembeli inginkan rumah atas tanah yang mempunyai ciri- ciri keselamata­n seperti pondok pengawal 24 jam, interkom peribadi ke pondok pengawal, pengawal rondaan, kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk dan keluar, sistem kad akses kenderaan dan pagar perimeter.

Penghuni One Residency juga boleh menikmati kemudahan pusat peranginan eksklusif seperti rumah kelab, kolam renang dengan jakuzi, gim, tempat barbeku, landskap saujana, trek berjoging, dan banyak lagi.

Dengan fasa baharu One Residency, kemudahan gaya hidup dicadang untuk ditambah adalah seperti

The Banks Lookout Point, Oasis Sunken, Rumah Pokok, Taman Permainan, Taman Linear dan Taman Batu, bagi membolehka­n penghuni seisi keluarga menikmati persekitar­an hijau.

Salah satu hartanah laris di Kuching adalah SkyVilla Residence, yang memenangi anugerah Pembanguna­n Kediaman Bertingkat Tinggi Cemerlang oleh SHEDA, yang dibina di persekitar­an tenang seluas 11 ekar dikeliling­i landskap hijau.

SkyVilla Residence merangkumi lima blok selepas siap dan Ohanna@Skyvilla iaitu blok keempat, kini dibuka untuk dijual selepas pelancaran rasmi pada hujung Oktober 2016.

Ohanna@Skyvilla dengan pilihan kawasan binaan 998 kaki persegi hingga 1,380 kaki persegi, dan dengan pandangan Gunung Serapi atau pemandanga­n kemudahan eksklusif rumah kelab.

SkyVilla Residence dilengkapi dengan kemudahan ciri-ciri keselamata­n enam poin, teater kecil, taman atas bumbung, kolam renang akua-terapi, jakuzi, kolam renang kanak-kanak, taman permainan kanak- kanak, gimnasium, tempat barbeku, bilik bacaan, dewan majlis dan banyak lagi.

Ohanna@ Skyvilla, setinggi 16 tingkat dan hanya lapan unit setiap tingkat, memaksimum­kan privasi dan keselesaan. Sebagai tambahan, SkyVilla Residence turut dikenali atas susun atur berkembarn­ya yang membolehka­n pengudaraa­n dan kecerahan baik untuk setiap unit.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut unit Ohanna@Skyvilla dengan harga bermula hanya RM418* kaki persegi dan nikma- tilah diskaun terhad dan kos permulaan rendah* apabila membeli unit tersebut hari ini. (tertakluk terma dan syarat)

Satu lagi peluang pelaburan ditawarkan adalah Papillion Street Mall, yang merupakan fasa terakhir hab komersil Bandar Baru MJC, di mana MJC City merevoluni­asi rekaannya kepada Steet Mall pertama di Kuching, bagi menyediaka­n pengalaman beli-belah baharu dengan butik fesyen, makanan dan gaya hidup di tingkat dua dengan kemudahan eskalator ditempatka­n di sisi empat ruang runcit 86,880 kaki persegi.

Rantaian kecergasan tem- patan, Level Up Fitness kini beroperasi di Papillion Street Mall. Unit komersil terhad boleh didapati untuk pelaburan manakala tingkat pertama unit komersil, pangsapuri tingkat kedua dan ketiga telah habis dijual.

Pasukan pajakan MJC City akan menetapkan penyewa untuk pembeli, membolehka­n penyewa hanya perlu menunggu sewa bulanan dimasukkan ke poket, tanpa perlu bimbang ke atas penyewa dan kestabilan sewa bulanan.

Kini, anda boleh memiliki unit komersil aras bawah Papillion dengan kos permulaan rendah (tertakluk terma dan syarat).

Orang ramai boleh mengunjung­i ruang pameran MJC City pada Ekspo Hartanah SHEDA di BCCK (Booth S2) dari 14 hingga 16 Julai, dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Untuk keterangan lanjut, hubungi perunding MJC City Ms Voon 014-6810824, Ms Lau 017-8859610, Ms Chin 014-9923226, Mr Gan 016-8910877, Ms Goh 0168875971 atau Mr Jae 0138184335.

 ??  ?? PENGUDARAA­N BAIK: SkyVilla Residence dikenali dengan susun atur berkembar yang membolehka­n pengudaraa­n dan pencahayaa­n baik ke setiap unit.
PENGUDARAA­N BAIK: SkyVilla Residence dikenali dengan susun atur berkembar yang membolehka­n pengudaraa­n dan pencahayaa­n baik ke setiap unit.
 ??  ?? HANYA DI SINI: Fasa baharu One Residency merangkumi rumah berangkai dua tingkat dan vila bandar tiga tingkat.
HANYA DI SINI: Fasa baharu One Residency merangkumi rumah berangkai dua tingkat dan vila bandar tiga tingkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia