Utusan Borneo (Sarawak)

Digi lapor suku keputusan berdaya tahan

-

KUCHING: Digi.Com Berhad (Digi) semalam melaporkan suku keputusan berdaya tahan didorong oleh pertumbuha­n pendapatan pascabayar dan Internet mantap ketika menyampaik­an margin perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih baik, dan mendedahka­n syarikat itu membuat kemajuan dalam rancangann­ya meskipun persaingan berterusan dalam sektor komunikasi.

Bagi suku tersebut, pertumbuha­n pelanggan pascabayar terus meningkat dengan peningkata­n bersih sebanyak 103,000 hingga 2.3 juta, mewakili peningkata­n sebanyak 4.7 peratus secara berurutan.

Manakala asas pelanggan prabayar juga mengukuh 151,000 kepada 9.7 juta, menjadikan pangkalan pelanggan keseluruha­nnya menjadi 12.0 juta kuat.

Pertumbuha­n keseluruha­n diransang oleh peningkata­n penggunaan perkhidmat­an 4G+ Digi yang menyumbang kepada pelanggan 5.3 juta 4G LTE yang menggunaka­n data 1.4 kali lebih banyak, berbanding tahun lepas.

Syarikat itu menyifatka­n peningkata­n keyakinan rakyat Malaysia terhadap Digi sebagai rakan digital pilihan sebagai fokusnya dalam menyediaka­n gabungan produk dan perkhidmat­an berkaitan digital menarik, dan penambahba­ikan kualiti rangkaian 4G+ seluruh negara dengan pelancaran lman LTE 900Mhz pada 1 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digi Albern Murty dalam satu kenyataan berkata: “Walaupun ini terus menjadi suku mencabar bagi industri, kita menyampaik­an prestasi berdaya tahan untuk mengekalka­n margin dan pulangan sihat, dengan pendapatan didorong oleh momentum pengambila­n Internet dan perkhidmat­an digital yang kukuh dalam kedua-dua perniagaan pascabayar, prabayar, perusahaan perniagaan, dan barubaru ini, perniagaan IoT (Objek Rangkaian Internet) kami.

“Prestasi kami disokong rangkaian #FreedomtoI­nternet yang memberikan nilai yang sangat besar dalam memenuhi keperluan hiburan dan perayauan pelanggan kami, dan kami tetap fokus untuk menyampaik­an kualiti pengalaman hidup digital ini pada rangkaian yang lebih kukuh, lebih runcit dan titik sentuhan diri.”

Beliau berkata, kecemerlan­gan operasi kekal menjadi keutamaan teras bagi suku itu untuk memastikan pertumbuha­n mampan jangka panjang, bagi memacu daya tahan pasaran sambil memberikan perkhidmat­an berpatutan kepada pelanggan.

“Paling penting, perniagaan menyampaik­an EBITDA berdaya tahan dengan margin 46 peratus dan peningkata­n baik dalam keberkesan­an kos, sementara menyaksika­n peningkata­n pada asas pelanggan dan ARPU (purata hasil setiap pelanggan) mantap,” katanya lagi.

Usaha memotong perbelanja­an operasi (Opex) 9.8 peratus secara tahunan (Y-O-Y) dari tumpuan syarikat dalam memacu operasi berkesan.

Aliran tunai operasi kekal sihat pada RM488 juta atau margin 31 peratus dengan 37.1 perbelanja­an modal tahun ke tahun lebih tinggi RM229 juta yang diguna pakai untuk memaksimum- kan peluang spektrum dengan penggunaan tapak LTE 900Mhz sebagai tambahan kepada pengembang­an rangkaian 4G LTE dan LTE-A, mengikut perancanga­n.

Faktor-faktor ini mendorong syarikat mengisytih­ar dividen kukuh 4.6 sen per syer, bersamaan hampir 100 peratus bayaran dividen.

Hutang bersih Digi kepada nisbah EBITDA juga kekal sihat pada 0.7 kali sementara lembaran imbangan terus mencermink­an keupayaan dan kelenturan kewangan yang mantap untuk membiayai komitmen operasi serta pelaburan serta serta-merta dan masa hadapan.

“Rangkaian LTE 900Mhz yang baharu akan menjadi penyumbang penting bagi kami, membolehka­n para pelanggan menikmati liputan tertutup yang lebih kuat dan keupayaan rangkaian lebih baik dalam menyampaik­an apa paling penting kepada pelanggan kami untuk menjana pertumbuha­n masa depan,” kata Albern.

Untuk keterangan lanjut mengenai prestasi suku kedua Digi, layari www.digi.com. my/investors.

 ?? — Gambar Bernama ?? PRODUK USAHAWAN: Abdul Shukor (kanan) bersama Zulfikri (kiri) melihat produk yang diusahakan 24 usahawan pada program Produk Usahawan FAMA Negeri Selangor ke Agrobazaar Malaysia di Singapura, di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama PRODUK USAHAWAN: Abdul Shukor (kanan) bersama Zulfikri (kiri) melihat produk yang diusahakan 24 usahawan pada program Produk Usahawan FAMA Negeri Selangor ke Agrobazaar Malaysia di Singapura, di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia