Utusan Borneo (Sarawak)

IATA: Saham syarikat penerbanga­n global meningkat

-

KUALA LUMPUR: Saham syarikat penerbanga­n global telah meningkat dan mengatasi indeks ekuiti global bagi bulan ketiga berturut-turut pada Jun, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) dalam laporan Airlines Financial Monitor bagi bulan Jun yang dikeluarka­n semalam.

IATA berkata harga saham meningkat lebih 20 peratus sejak permulaan tahun ini dan ketika ini berada kira-kira 44 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu.

Kenaikan harga saham syarikat penerbanga­n baru-baru ini menunjukka­n pelabur terus tidak mengambil kira impak margin keuntungan ter- had dalam prestasi kewangan syarikat penerbanga­n dalam suku pertama 2017, dan menumpukan sebaliknya kepada petanda peningkata­n tekanan faktor muatan pulang modal yang semakin mereda.

Kekukuhan bekalan minyak mentah AS terus memberi tekanan kepada harga min- yak.

Harga minyak mentah Brent turun semula di bawah AS$50 (AS$1 = RM4.28) setong semasa Jun dan ketika ini tidak jauh berubah daripada paras yang dilihat setahun lalu, kata persatuan itu.

Sementara itu IATA berkata walaupun hasil penumpang kekal rendah sekitar 4.5 per- atus tahun- ke- tahun, data bulanan terkini menunjukka­n petanda aliran menurun hasil itu telah berakhir.

Permintaan penumpang dan fret meneruskan permulaan kukuh pada 2017 dengan faktor muatan penumpang kekal hampir pada paras tertinggi dalam sejarah, dengan faktor muatan fret baru- baru ini pulih ke paras tertinggi sejak Julai 2014.

Peningkata­n perdaganga­n global membantu menyokong permintaan penumpang premium, terutamany­a ke, dari dan dalam Asia Pasifik. Hasil premium meningkat tahun-ke-tahun di laluan utama ke dan dari rantau itu setakat ini pada 2017, kata IATA. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia