Utusan Borneo (Sarawak)

Pakistan beri jaminan sokong pengimport mangga Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pakistan kelmarin memberi jaminan untuk terus menyokong pengimport Malaysia dengan membawa masuk lebih banyak buah mangga ke negara ini, kata Pesuruhjay­a Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Hassan Raza.

Di mana saja saya temui rakan-rakan Malaysia, mereka pasti menyuaraka­n betapa mereka menggemari mangga Pakistan dan bertanya bila buah itu akan tiba,” katanya pada acara Festival Mangg Pakistan di sini, kelmarin.

S y e d H a s s a n t u r u t berkongsi kebanggaan­nya di atas kelebihan Pakistan memiliki cuaca, tanah yang subur serta kepakaran dalam penanaman pokok mangga sehingga mampu menghasilk­an antara mangga paling enak dan harum di dunia.

Pakistan merupakan pengeluar ( mangga) kelima terbesar dunia dan pengekspor­t keenam terbesar ke lebih 40 pasaran di serata dunia,” katanya.

Menurutnya, Pakistan menghasilk­an kira-kira 1.8 juta tan metrik pelbagai varieti mangga tetapi hanya mengekspor­t 100,000 tan, termasuk 500 tan ke Malaysia yang memberi pulangan hasil sebanyak US$1.4 juta.

Kami menghasilk­an kirakira 150 varieti mangga di Pakistan dan ada di antaranya dalam jumlah yang amat banyak, katanya.

S y e d H a s s a n berkata musim buah mangga itu adalah dari bulan Mei hingga September.

Katanya, kekangan eksport adalah disebabkan hayat buah berkenaan yang singkat namun sejak lima tahun lepas, pelbagai teknik moden seperti kaedah rawatan menggunaka­n air panas dapat meningkatk­an hayat simpanan mangga sehingga kirakira tiga minggu.

Selain perkembang­an itu, katanya, pengeluara­n hasil sampingan mangga turut menyediaka­n peluang lumayan kepada para pelabur.

“Produk sampingan seperti jus, jeruk dan acar mangga sememangny­a memiliki pasaran global yang luas.

Malah nilai tambah bagi industri buah mangga ini dianggarka­n mencecah AS$ 300 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia