Utusan Borneo (Sarawak)

MITI dan MATRADE anjur hari Perniagaan Amerika Latin 2017

-

KUALALUMPU­R: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) akan menganjurk­an Hari Perniagaan Amerika Latin pertama pada 1 Ogos, 2017.

Matrade dalam satu kenyataan semalam berkata, ia bertujuan mengukuhka­n perdaganga­n dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Latin dan acara itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 500 peserta.

Hari perniagaan tersebut yang akan dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, diadakan secara kerjasama dengan kedutaan Amerika Latin, iaitu Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela, kata perbadanan itu.

Pada hari tersebut akan diadakan seminar mengenai rantau Amerika Latin dan juga sesi kelompok sektor bagi mengetenga­hkan kekuatan Malaysia dalam bidang seperti aeroangkas­a, kenderaan motor, elektrik dan elektronik, farmaseuti­kal dan peralatan perubatan.

Kelembapan ekonomi global nampaknya tidak memberi kesan negatif ke atas perdaganga­n Malaysia dengan Amerika Latin, kerana perdaganga­n negara, terutamany­a eksport, dengan rantau tersebut terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh, kata MATRADE.

Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Latin berkembang sebanyak 10.2 peratus pada 2016, dan meningkat 25.4 peratus antara Januari dan Mei tahun ini.

Mexico ketika ini merupakan rakan eksport terbesar negara di Amerika Latin dengan eksport Malaysia ke Mexico berjumlah RM7.85 bilion pada 2016, dan RM4.16 bilion dari Januari hingga Mei 2017.

Tahun lepas, Malaysia mencatatka­nimbanganp­erdagangan positif sebanyak RM6.3 bilion dengan Mexico, kata perbadanan itu.

Pada masa hadapan, MATRADE berkata ia akan menumpukan kepada bahagian di mana syarikat Malaysia boleh membuat kelainan, termasuk projek prasarana yang ditawarkan di Amerika Latin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia