Utusan Borneo (Sarawak)

Enam gadis Afghan dapat visa ke pertanding­an robotik AS

-

WASHINGTON: Sepasukan gadis Afghan yang sebelum ini dinafikan visa bagi menghadiri pertanding­an robotik di Washington kini dibenarkan untuk datang, kata penganjur kelmarin.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada mulanya menafikan akses kepada kanak-kanak sekolah dari beberapa negara majoriti Islam untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an sains tersebut, keputusan yang dibuat ekoran pelaksanaa­n dasar visa yang lebih ketat di bawah Presiden Donald Trump.

Namun selepas orang ramai marah mengenai tindakan tersebut, presiden AS menggesa pihak berkuasa AS untuk menarik balik keputusan tersebut, menurut media AS.

“Saya paling bersyukur kepada kerajaan AS dan Jabatan Negara kerana memastikan Afghanista­n, selain Gambia, dapat menyertai kita untuk pertanding­an antarabang­sa ini pada tahun ini,” kata presiden organisasi First Global, Joe Sestak, yang memaklumka­n pasukan dari Yaman, Libya dan Maghribi juga akan hadir.

“Kesemua 163 pasukan dari 157 negara sudah mendapatka­n kelulusan untuk datang ke AS, termasuk Iran, Sudan, dan sepasukan pelarian Syria,” kata Sestak, seorang bekas laksamana tentera laut AS dan ahli Kongres.

“Saya tidak mungkin lebih bangga.”

Keenam-enam gadis dari Herat, Afghanista­n, itu dilaporkan dihalang daripada menghadiri pertanding­an robotik berkenaan walaupun selepas dua pusingan wawancara untuk visa seminggu.

Penolakan visa itu dipercayai bercanggah dengan kenyataan pentadbira­n bahawa ia mahu memperkasa wanita pada peringkat global.

Apabila penarikan balik diumumkan, penasihat dan anak perempuan Trump, Ivanka Trump, tweet: “Saya mengalu- alukan pasukan gadis Afghan yang bijak ini, dan pesaing mereka, ke Washington DC pada minggu depan!”

Pertanding­an pada 16-18 Julai itu bertujuan untuk membina minat dan keyakinan dalam kejurutera­an dan teknologi di sekolah seluruh dunia.

Pada Mac lalu, permohonan visa oleh setiap warga Afrika yang dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi dan Pembanguna­n Global Afrika, sebuah persidanga­n perdaganga­n di California, telah ditolak, menurut penganjur.

Versi terhad larangan perjalanan oleh Trump – buat sementara waktu ke atas pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman – berkuatkua­sa barubaru ini, setelah Mahkamah Agung AS membenarka­nnya untuk dilaksanak­an sementara menunggu perbicaraa­n sepenuhnya pada Oktober.

Langkah itu tidak menjejaska­n pelawat dari Afghanista­n dan Gambia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BIJAK: Gambar dirakam pada 2 Julai 2017 menunjukka­n lima gadis dari Afghanista­n Robotic House, sebuah institut latihan swasta, sedang membina robot di pusat Better Idea Organizati­on di Herat, Afghanista­n.
— Gambar AFP BIJAK: Gambar dirakam pada 2 Julai 2017 menunjukka­n lima gadis dari Afghanista­n Robotic House, sebuah institut latihan swasta, sedang membina robot di pusat Better Idea Organizati­on di Herat, Afghanista­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia