Utusan Borneo (Sarawak)

Trudeau lantik bekas angkasawan sebagai gabenor jeneral baharu

-

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau akan melantik bekas angkasawan Julie Payette untuk menjadi gabenor jeneral baharu, pemangku ketua negara dan wakil Ratu Elizabeth II di Kanada, saluran media melaporkan kelmarin.

Payette, 53, akan menggantik­an Gabenor Jeneral David Johnston, 76, yang bakal menamatkan penggal pada September setelah hampir tujuh tahun maemegang jawatan tersebut.

Trudeau, yang menarik perhatian apabila beliau melantik kabinet dengan jantina yang seimbang setelah calon-calon Liberal yang diketuainy­a memenangi kerajaan majoriti yang mengejutka­n pada 2015, mengumumka­n pelantikan Payette semalam (Khamis), akhbar Globe and Mail dan Perbadanan Penyiaran Kanada melaporkan.

Pejabat perdana menteri tidak segera membalas permintaan untuk membuat kenyataan.

Payette, anak jati Montreal, menyertai misi angkasa pada 1999 dan 2009 dan bekerja dengan kedua-dua agensi angkasa Amerika Syarikat dan Russia, menurut biografiny­a di Agensi Angkasa Kanada.

Beliau merupakan warga Kanada yang pertama menaiki Stesen Angkasa Antarabang­sa, pada 1999, dan terbang dalam dua buah pesawat angkasa Endeavour dan Discovery.

Kebanyakan peranan gabenor jeneral bersifat simbolik, termasuk mengangkat sumpah perdana menteri, ketua hakim dan menteri kabinet selain menandatan­gani secara rasmi rang undang-undang untuk dijadikan undang- undang, tetapi jawatan itu mungkin juga perlu menyelesai­kan isu perlembaga­an.

Gabenor jeneral juga merupakan panglima angkatan tentera Kanada.

Payette adalah wanita keempat yang memegang jawatan tersebut. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? GEMBIRA: Orang ramai meraikan keputusan hakim menjatuhka­n hukuman penjara terhadap Lula (sisipan) di Sao Paulo, Brazil kelmarin.
— Gambar Reuters GEMBIRA: Orang ramai meraikan keputusan hakim menjatuhka­n hukuman penjara terhadap Lula (sisipan) di Sao Paulo, Brazil kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia