Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Lula kena hampir 10 tahun

Akibat terima pangsapuri mewah, kekal bebas sementara tunggu rayuan

-

BRASILIA: Bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dijatuhi hukuman penjara hampir selama 10 tahun kerana kesalahan rasuah kelmarin – kejatuhan yang ketara bagi pemimpin haluan kiri yang ikonik itu, dan perkembang­an terbaharu dalam satu siasatan rasuah politik yang besar menyelubun­gi ekonomi terbesar di Amerika Latin.

Lula, yang memerintah Brazil dari 2003-2010, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 9.5 tahun kerana menerima rasuah dalam bentuk sebuah pangsapuri mewah di tepi laut dan AS$1.1 juta (RM4.95 juta).

Namun hakim antirasuah Sergio Moro, yang menjatuhka­n hukuman, berkata Lula, 71, akan terus bebas sementara menunggu rayuan – sesuatu yang segera disebut oleh peguamnya akan mereka kemukakan.

“Kami akan merayu dan membuktika­n beliau tidak bersalah,” peguamnya menyebut dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Bagaimanap­un pensabitan itu memberi tamparan hebat kepada prospek Lula kembali aktif dalam politik menerusi pilihan raya presiden yang dijadual diadakan pada Oktober tahun depan.

Keputusan itu turut memberi mesej dramatik kepada kebanyakan anggota kelas politik di Brazil bahawa mereka juga berisiko menjadi sasaran kempen antirasuah.

Malah presiden sekarang Michel Temer sudah didakwa atas tuduhan menerima rasuah dan beberapa menterinya sudah meletak jawatan setelah tuduhan rasuah dibuat.

Perubahan besar-besaran itu berlaku kerana Operasi ‘Cuci Kereta’, satu siasatan antirasuah menyeluruh yang menyiasat satu skim penggelapa­n wang dan habuan besarbesar­an melibatkan kumpulan minyak milik kerajaan Petrobras, syarikat pembinaan dan beberapa parti politik – termasuk ketua Parti Pekerja yang dianggotai Lula.

Namun sementara ramai warga Brazil mengalu-alukan pembersiha­n dunia politik mereka yang begitu kotor, keadaan yang tidak menentu menempangk­an usaha negara mereka untuk keluar dari kemeleseta­n bersejarah.

Keputusan terhadap Lula “hampir pasti mengetepik­annya daripada bertanding dalam pilihan raya presiden pada tahun depan”, kata sebuah firma analisis ekonomi Capital Economics.

Ia menambah keputusan mahkamah “kemungkina­n memberi rangsangan jangka dekat kepada pasaran Brazil” apabila kemungkina­n Lula, seorang bekas ketua kesatuan, untuk kembali memegang kuasa dan membatalka­n reformasi ekonomi yang diperlukan dan diperjuang­kan oleh Temer menjadi semakin pudar.

Lula berulang kali menafikan menerima rasuah sewaktu atau selepas beliau menjadi presiden. Beliau menyifatka­n siasatan terhadapny­a oleh Moro sebagai kempen untuk menghalang­nya daripada kembali memegang kuasa.

Parti Pekerja mengeluark­an satu kenyataan yang menganggap pensabitan dan hukuman Lula sebagai “satu serangan ke atas demokrasi” dan perlembaga­an Brazil, dan menuduh hakim berat sebelah.

Pensabitan itu fokus kepada dakwaan bahawa Lula menerima pangsapuri tripleks dan wang tunai berkenaan sebagai sogokan daripada salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Brazil, OAS.

Hakim mengarahka­n agar pangsapuri tersebut disita.

“Di antara jenayah rasuah dengan pengubahan wang, terdapat bukti yang mencukupi bagi hukuman penjara selama sembilan tahun dan enam bulan,” kata Moro.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Moro – yang begitu popular di Brazil kerana kerja antirasuah­nya sehinggaka­n ada yang melihatnya sebagai calon presiden yang berpotensi – adalah sebahagian daripada pergolakan politik yang lebih luas di Brazil.

Pengganti pilihan Lula, Dilma Rousseff, didakwa oleh Parlimen dan digulingka­n dari jawatan pada tahun lepas, dan Temer, naib presidenny­a, mengambil alih tampuk kepimpinan.

Dua minggu lalu, Moro menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang menteri berpengaru­h dalam kerajaan Lula dan Rousseff, Antonio Palocci, kerana kesalahan rasuah.

Palocci memainkan peranan penting dalam skim ‘Cuci Kereta’, kebanyakan­nya dijalankan ketika Parti Pekerja pimpinan Lula me- megang kuasa dari 2003 hingga 2016.

Pendakwa berkata Palocci adalah orang rujukan dalam aliran “rasuah di antara kumpulan pembinaan Odebrecht dengan perantara Parti Pekerja”, yang mengubah lebih AS$10 juta (RM45 juta) yang digunakan untuk kewangan kempen parti.

Odebrecht, sebuah konglomera­t perindustr­ian dengan projek- projek di seluruh dunia, menamakan Palocci sebagai “si warga Itali” dalam senarai nama kod bagi ahli politik yang kerap menerima rasuah sebagai balasan bagi kontrak lumayan dengan Petrobras selain habuan lain.

Perkara rasuah pangsapuri terhadap Lula adalah satu daripada lima kes rasuah yang dikenakan terhadapny­a.

Perkara lain termasuk dakwaan bahawa Odebrecht memberi AS$ 3.7 juta (RM16.65 juta) kepada Lula supaya beliau dapat membeli tanah untuk membina Institusi Lula yang mengetenga­hkan warisan politiknya, dan tuduhan beliau menerima habuan dalam pembelian pesawat perang Sweden oleh Brazil. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia