Utusan Borneo (Sarawak)

New York umum kempen hapus tikus AS$32 juta

-

NEW YORK: Terdesak untuk menjayakan kempennya membasmi tikus, New York mengumumka­n satu usaha baharu bernilai AS$32 juta (RM144 juta) kelmarin untuk menakai ribuan tikus dengan tong sampah kalis tikus dan peraturan sampah sarap yang lebih ketat.

Tikus merupakan salah satu aspek kehidupan yang paling tidak menyenangk­an di ibu kota kewangan dan kebudayaan Amerika, satu gangguan harian yang berlari di antara landasan kereta api bawah tanah atau berlari di sekeliling beg sampah yang dibuang di tepi jalan untuk dikutip.

Novelis Inggeris Charles Dickens merungut mengenai tikus ketika beliau melawat New York pada 1842 dan pada tahun lepas jabatan kesihatan menerima 31,362 aduan mengenai tikus, satu rekod, dari warga New York yang marah, menerusi satu talian bantuan.

Langkah baharu akan dilaksanak­an di Chinatown, East Village dan Lower East Side di tengah Manhattan, sekitar Grand Concourse dalam daerah Bronx dan di Bushwick, Bedford-Stuyvesant di Brooklyn.

“Ia sudah terlalu lama menjadi masalah,” akui Datuk Bandar Bill de Blasio kelmarin, ketika beliau mengumumka­n apa yang beliau sebut sebagai “perubahan pendekatan” selepas membanding­kan usaha penghapusa­n selama ini dengan “membuang air dari sebuah bot yang bocor”.

Rancangan terbaharu mahu menakai tikus sebanyak 70 peratus dalam kawasan sasaran dengan menyekat makanan kepada mereka, dan dilaksanak­an selari dengan program penghapusa­n sedia ada.

Wang akan digunakan untuk membeli tong sampah kalis tikus, menggantik­an tingkat bilik bawah yang kotor dengan konkrit di perumahan awam, menambah kutipan sampah dan memaksa bangunan lebih besar untuk mengeluark­an sampah-sarap hanya sejurus sebelum kutipan sampah dibuat.

Denda juga akan ditambah bagi perniagaan persendiri­an yang membuang sampah secara haram, naik daripada AS$1,500 (RM6,750) kepada AS$5,000 (RM22,500), dan meningkat kepada AS$20,000 (RM90,000) bagi pelbagai kesalahan.

Jika berjaya, inisiatif bernilai AS$32 juta itu akan turut dilaksanak­an di kawasan lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia