Utusan Borneo (Sarawak)

Britain alu-alukan kerabat diraja Sepanyol

Lawatan rasmi mengukuhka­n hubungan di sebalik perselisih­an mengenai Gibraltar

-

LONDON: Ratu Britain Elizabeth II cuba mengetepik­an perbezaan dengan Sepanyol kelmarin ketika baginda mengadakan bankuet untuk Raja Sepanyol Felipe VI, hanya beberapa jam sahaja selepas Felipe menuntut perjanjian mengenai status Gibraltar.

“Dengan sejarah menakjubka­n yang dikongsi bersama, ia tidak dapat dielakkan bahawa ada perkara di mana kita tidak selalunya sehaluan.

“Namun kekuatan persahabat­an kita telah melahirkan semangat kerjasama dan muhibah yang kental,” kata Elizabeth di bankuet Istana Buckingham untuk meraikan lawatan rasmi kerabat diraja Sepanyol.

Sementara kerajaan baginda bergelut dengan prosiding Brexit, permaisuri Britain itu menegaskan “tidak kira apa pun cabaran yang timbul”, kedua- dua negaranya dan Sepanyol akan makmur.

Tetamu disajikan dengan menu tiga hidangan termasuk daging lembu Scottish dengan sumsum tulang dan trufel (cendawan), dan sos wain Madeira.

Acara gilang- gemilang itu menutup hari pertama lawatan tersebut, yang menyaksika­n Felipe membangkit­kan isu Gibraltar dalam satu ucapan kepada Parlimen.

“Beta yakin menerusi usaha dan dialog yang perlu, kedua-dua kerajaan kita dapat berusaha ke arah persetujua­n yang dapat diterima oleh semua yang terlibat,” kata baginda.

Merujuk kepada sejarah hubungan diplomatik antara Britain dengan Sepanyol, baginda menambah: “Beta pasti keazaman ini untuk mengatasi perbezaan kita adalah lebih kuat lagi dalam kes Gibraltar.”

Dengan populasi melebihi hanya 32,000 sahaja, Gibraltar sudah menjadi jajahan Britain di luar negara sejak 1713 tetapi Sepanyol sudah lama membuat tuntutan ke atas singkapan berbatu itu.

Tidak seperti Britain, Gibraltar mengundi dengan jelas untuk kekal dalam Kesatuan Eropah dalam pungutan suara pada tahun lepas, dan ia bergantung kepada sempadan terbuka dengan Sepanyol untuk perdaganga­n dan tenaga kerjanya.

Namun Sepanyol mahukan kedaulatan yang dikongsi ber- sama dan Kesatuan Eropah (EU) menjanjika­n veto bagi Sepanyol berhubung lanjutan kepada Gibraltar bagi sebarang perjanjian perdaganga­n pada masa depan di antara Britain dengan blok tersebut, yang mencetuska­n kemarahan di London.

Ketua Menteri Gibraltar, Fabian Picardo, berkata sementara populasi mahukan hubungan mesra dengan Sepanyol, pendirian mereka mengenai kedaulatan masih jelas.

“Pada zaman di mana kita hidup, wilayah tidak boleh ditukar dari seorang raja kepada raja lain seperti bidak dalam permainan catur,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

“Di Gibraltar, rakyat sudah bersuara dengan lantang dan jelas. Keinginan demokratik kami yang disuarakan dengan bebas mesti dihormati dan itu bermakna memahami bahawa Gibraltar akan kekal 100 peratus British,” tambah Picardo.

Menjangkak­an nada yang digunakan kemudian oleh hos baginda, ucapan Felipe bernada damai, dan baginda bercakap mengenai sejarah yang dikongsi antara keduadua negara selain usaha sama menentang terorisme selepas empat serangan di Britain pada tahun ini.

Baginda berkata Brexit “menyedihka­n” Sepanyol tetapi ia menghormat­i sepenuhnya keputusan undian pada tahun lepas.

Felipe bercakap mengenai ratusan ribu warga Sepanyol yang tinggal di Britain dan warga Britain yang tinggal di Sepanyol, dengan masa depan yang terumbang-ambing.

“Warga ini mempunyai jangkaan yang sah bagi keadaan hidup yang baik dan stabil untuk diri mereka sendiri dan untuk keluarga mereka,” kata baginda, dan menuntut perjanjian Brexit yang akan memberi “jaminan yang memadai”.

Kira-kira 300,000 warga Britain tinggal di Sepanyol – majoriti adalah pesara – dan kira-kira 116,000 warga Sepanyol tinggal di Britain.

Raja itu turut menyuaraka­n simpati mengenai serangan pengganas baru-baru ini di Britain.

Seorang warga Sepanyol adalah antara lapan yang terbunuh dalam satu serangan oleh tiga pelampau Islamis yang bersenjata­kan pisau dan memakai ves bunuh diri yang palsu dalam kawasan London Bridge pada bulan lepas.

Felipe memberi penghormat­an kepada Ignacio Echeverria, 39, yang memukul salah seorang penyerang dengan papan selajunya sebelum ditikam.

Raja itu berkata Echeverria menunjukka­n “kelakuan yang berani dan wajar dicontohi”.

Lawatan oleh Felipe dan isteri baginda ditangguhk­an dua kali, sekali ketika ahliahli politik di Sepanyol menubuhkan kerajaan baharu pada tahun lepas dan sekali lagi pada Jun kerana Britain mengadakan pilihan raya umum tergempar.

Kerabat diraja Sepanyol disambut pada awal kelmarin oleh permaisuri Britain – sepupu jauh Felipe – pada satu majlis besar-besaran di tengah London.

Felipe berjumpa dengan Perdana Menteri Britain Theresa May semalam di mana Gibraltar dijangka dibangkitk­an semula.

Perniagaan juga ada dalam agenda, kerana eksekutife­ksekutif Sepanyol dari Ferrovial, salah satu pemegang saham lapangan terbang Heathrow, Bank Santander dan syarikat telekom Telefonica mengiringi kerabat diraja. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KERABAT DIRAJA: Ratu Elizabeth (dua kanan) bersama suami baginda Putera Philip (kiri) bergambar bersama Raja Felipe dan isterinya Ratu Letizia ketika menghadiri bankuet di Istana Buckingham di London kelmarin.
— Gambar Reuters KERABAT DIRAJA: Ratu Elizabeth (dua kanan) bersama suami baginda Putera Philip (kiri) bergambar bersama Raja Felipe dan isterinya Ratu Letizia ketika menghadiri bankuet di Istana Buckingham di London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia