Utusan Borneo (Sarawak)

AS, Jerman desak China bebas penerima Nobel sakit tenat

-

SHENYANG: China berdepan dengan tekanan antarabang­sa yang berterusan semalam untuk membenarka­n penerima anugerah Nobel yang menghidap kanser Liu Xiaobo mendapatka­n rawatan di luar negara, manakala maklumat rasmi terkini dari hospital membayangk­an juara demokrasi itu berada di ambang kematian.

Amerika Syarikat (AS) dan Jerman menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penulis berusia 61 tahun itu setelah hospital yang merawatnya kelmarin berkata beliau mengalami kerosakan organ dan kesukaran untuk bernafas.

Doktor berkata Liu perlu dipasang dengan alat pernafasan tiruan untuk terus dihidupkan, tetapi keluargany­a enggan, menurut Hospital Pertama Universiti Perubatan China di bandar raya timur laut Shenyang.

Kumpulan hak asasi manusia mencela kekurangan laporan bebas tentang kesihatan Liu, dan menuduh pihak berkuasa memutar-belit maklumat kerana laman sesawang hospital yang dikawal ketat berkenaan merupakan satusatuny­a sumber bagi maklumat perubatan terkini.

Pegawai tidak menyebut di mana Liu sedang dirawat, tetapi sekurang-kurangnya lima anggota polis mengawal tingkat onkologi di hospital tersebut semalam, sambil memantau akses ke unit itu. Beberapa anggota lain kelihatan di tempat lain di dalam dan di luar bangunan.

Liu, yang dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun kerana “subversi” (memusnahka­n sistem kerajaan) pada 2009, dimasukkan ke hospital pada awal bulan lepas setelah dia dipindahka­n dari penjara kerana mengalami kanser hati peringkat lewat.

Isterinya yang juga penyajak, Liu Xia, berada di sisinya, tetapi keupayaann­ya untuk berkomunik­asi dengan dunia luar terbatas. Pihak berkuasa meletaknya di bawah tahanan rumah sejak 2010.

“Kami masih bimbang kerana Encik Liu dan keluargany­a tidak dapat berkomunik­asi dengan dunia luar dan beliau tidak bebas untuk mendapatka­n rawatan perubatan pilihannya,” kata jurucakap Rumah Putih Sarah Sarah Huckabee Sanders kelmarin.

Jurucakap kerajaan Jerman Steffen Seibert berkata Berlin “bersiap sedia untuk menerima dan merawatnya dari segi perubatan”.

Maklumat kesihatan ter- kini “menimbulka­n persoalan sama ada kanser Encik Liu sepatutnya didiagnos dan dirawat jauh lebih awal”, kata Seibert.

Presiden Taiwan Tsai Ingwen turut meminta Beijing membebaska­n Liu dan mengulangi tawarannya untuk merawat Liu di pulau autonomi itu, yang dianggap oleh China sebagai sebuah wilayah serpihan.

Kerajaan China selama ini menolak rayuan antarabang­sa untuk membenarka­n Liu menerima rawatan di luar negara, dan berkata beliau menerima penjagaan terbaik mungkin dari doktor domestik yang terkemuka dan negara lain tidak harus “campur tangan dalam hal ehwal dalaman China”.

Seorang doktor Jerman dan seorang doktor AS melawat Liu pada hujung minggu lepas dan berkata beliau masih cukup kuat untuk menunaikan keinginan mendapatka­n rawatan di luar negara, tetapi hospital berkenaan mengeluark­an laporan yang semakin pesimis setiap hari sejak itu.

Liu berisiko menjadi penerima Hadiah Keamanan Nobel yang pertama untuk meninggal dunia dalam tahanan sejak penentang peperangan dari Jerman, Carl von Ossietzky, yang meninggal dunia di sebuah hospital di bawah kumpulan Nazi pada 1938.

Liu ditangkap pada 2008 setelah beliau sama- sama menulis Piagam 08, satu petisyen berani yang menuntut perlindung­an bagi hak asasi manusia dan pembaharua­n kepada sistem komunis satu parti di China. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TUNTUT BEBAS: Anggota komuniti Tibet Australia berhimpun untuk menuntut pembebasan Liu di luar pejabat konsul China di Sydney, Australia kelmarin.
— Gambar Reuters TUNTUT BEBAS: Anggota komuniti Tibet Australia berhimpun untuk menuntut pembebasan Liu di luar pejabat konsul China di Sydney, Australia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia