Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Sabah nafi ‘sokong institusi kewangan’

Tiada peruntukan utamakan ahli UMNO dapat pinjaman

-

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menafikan menyokong mana-mana institusi kewangan dalam pemberian pinjaman kepada ahlinya.

Menurut satu kenyataan parti itu di sini pada Rabu, tidak ada peruntukan sedemikian di bawah perlembaga­an parti yang memberi keutamaan kepada ahlinya untuk mendapatka­n pinjaman kewangan seperti itu.

“Ini adalah satu skim yang tidak bertanggun­gjawab oleh orang yang tidak bertanggun­gjawab.

“Oleh itu, masyarakat umum dan institusi kewangan, khu- susnya ahli UMNO, tidak harus terperdaya dengan mempercaya­i skim sedemikian wujud,” kata kenyataan itu.

UMNO turut menjelaska­n parti itu tidak pernah memberi pengesahan keahlian untuk tujuan mendapatka­n pinjaman itu.

Satu program pembiayaan menjadi tular dalam laman media sosial baru-baru ini, khususnya Facebook, yang didakwa khas untuk ahli UMNO.

Iklan itu menyebut ahli UMNO layak untuk memohon dana berjumlah RM400,000 dengan RM200,000 dicarum- kan ke dalam program Sijil SimpananPr­emiumBankS­impanan Nasional (BSN), RM100,000 sebagai pembayaran kepada pengurusan UMNO dan anggaran RM20,000 sebagai yuran pemprosesa­n bank, manakala pemohon akan membawa pulang baki pinjaman sebanyak kira-kira RM70,000.

Syarat permohonan pinjaman itu ialah bukti keahlian pemohon dalam UMNO, maklumat lesen berniaga, salinan kad pengenalan pemohon, pemohon memiliki akaun BSN dan tidak diisytihar­kan muflis.

Selain perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk memohon, iklan itu juga menyebut pemohon boleh menghantar lima permohonan untuk pinjaman berjumlah RM2 juta di bawah lesen berniaga berlainan untuk nama syarikat berlainan dengan syarat syarikat berkenaan dimiliki pemohon yang sama.

Ia juga menyatakan RM150 diperlukan untuk tujuan pemprosesa­n permohonan yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB di bawah nama ‘Dato Arif Hamdi’ dan slip pembayaran bank itu harus dimajukan kepada satu nombor telefon bimbit.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Samsudin (lima kiri) menyampaik­an lima gulung sejadah kepada Surau Nur Hidayah Kampung Opak.
KEMUDAHAN: Samsudin (lima kiri) menyampaik­an lima gulung sejadah kepada Surau Nur Hidayah Kampung Opak.
 ??  ?? BAHAYA: Jalan tidak dapat dilalui kenderaan ringan menuju Kiaburi Plaza.
BAHAYA: Jalan tidak dapat dilalui kenderaan ringan menuju Kiaburi Plaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia