Utusan Borneo (Sarawak)

RM5 juta bina empat masjid di DUN Sekong

-

SANDAKAN: Sebanyak RM5 juta peruntukan disalurkan kerajaan bagi membina empat rumah ibadah di kawasan Batu Sapi dan perkampung­an kepulauan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata peruntukan itu masing-masing bernilai RM500 ribu bagi pembinaan masjid di Kampung Tronglit dan Kampung Pulau Shanghai, dan RM4 juta ringgit lagi bagi membina Masjid Taman Mawar dan masjid di kawasan Jabatan Penjara Sandakan.

“Penyaluran peruntukan besar bagi pembinaan kesemua masjid ini membuktika­n kerajaan sentiasa peka terhadap pembanguna­n semasa yang diperlukan rakyat tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Surau Nur Hidayah, Kampung Opak di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ustaz Adam Abdullah mewakili JHEAINS, PPM Zantapha Zainal Abidin, staf UPPM Sekong, AJK bahagian serta Pemuda UMNO Batu Sapi.

Pada majlis itu, Samsudin telah menyumbang­kan bantuan melalui peruntukan ADUN berupa sebuah set jana kuasa, tikar getah, lima gulung sejadah serta wang tunai untuk keperluan surau berkenaan.

Menurut beliau apabila siap kelak, kesemua masjid itu dapat menampung jumlah jemaah yang ramai bagi memberikan keselesaan kepada rakyat untuk melaksanak­an sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan.

Dalam pada itu, beliau yang juga ketua UMNO Bahagian Batu Sapi berkata penduduk di kawasan itu dan kepulauan DUN Sekong wajar terus memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ia kerana jelasnya, kerajaan BN telah terbukti berjaya membawapel­bagaipemba­ngunandan sering turun padang bertemu rakyat, tidak seperti pihak pembangkan­g yang hanya menabur janji kosong dan melemparka­n fitnah kepada kerajaan.

Beliau turut mengingatk­an penduduk agar tidak memikirkan soal siapa yang bakal men- jadi calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, sebaliknya terus memberi sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding menggunaka­n lambang BN.

Sementara itu, Samsudin menyampaik­an sumbangan wang tunai RM1,000 kepada pengerusi Surau Nur Hidayah bagi melaksanak­an aktiviti keagamaan di surau dan tikar getah serta sejadah.

Beliau turut meluluskan permohonan melalui peruntukan ADUN Sekong sebuah set janakuasa bagi kegunaan penduduk di kampung itu.

“Permohonan masjid di pulau ini iaitu di Pulau Shanghai telah diluluskan bernilai RM500 ribu serta Tronglit yang juga bernilai RM500 ribu.

“Inilah tanggungja­wab kami sebagai wakil rakyat yang mewakili kerajaan BN, iaitu memastikan kemudahan untuk beribadat ini dapat diteruskan.

“Saya amat bersyukur dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah meluluskan permohonan sebuah masjid yang bernilai RM2 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia