Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah banjir kilat ditangani dengan permuafaka­tan

-

RANAU: Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Ranau (MDR) serta Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar bekerjasam­a mengenal pasti punca sering berlaku banjir kilat sekitar Pekan Ranau seterusnya menangani masalah itu.

Tinjauan kawasan yang dibuat selepas taklimat dipengerus­ikan Pegawai Daerah Ranau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah Faimin Kamin pada Rabu mendapati antara punca banjir kilat di sekitar pekan adalah pembetung yang dipasang sejak tahun 1970-an tidak lagi dapat menampung aliran air dari beberapa parit tambahan berhampira­n.

Paling ketara di jalan berhampira­n Kiaburi Plaza dan jalan menuju Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, manakala jalan raya ke beberapa kampung berhampira­n pekan pula berpunca sistem perparitan tidak sempurna dan sempit, menyebabka­n air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.

Faiman berkata tinjauan juga mendapati banjir kilat bermula dari perumahan Kg Muhibah dan SMK Agama Lama yang kini menempatka­n sementara SMK Kundasang.

“Hujan luar biasa sejak beberapa hari lalu menyebabka­n beberapa kawasan sekitar Pekan Ranau ditenggela­mi air kerana pembetung bersaiz kecil tidak dapat menampung kuantiti air berlebihan. Bagaimanap­un, air surut beberapa jam selepas hujan teduh,” katanya.

Beliau juga memaklumka­n bahawa satu jawatankua­sa khas dibentuk bagi merancang strategi jangka masa pendek dan panjang untuk menangani banjir kilat itu.

Sementara itu, Pegawai Meteorolog­i Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah Hezron G Koro, hadir untuk menyampaik­an taklimat berhubung cuaca yang dijangka melanda Ranau khasnya dan Sabah amnya bermula Julai hingga September tahun ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah serta Presiden Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang juga Pengerusi Persatuan Hakka Ranau dan Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Datuk Jimmy Tham Leong Yuk Leong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia