Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis hilang, dipercayai keluar rumah selepas selisih faham dengan keluarga

-

SERIAN: Gara- gara berselisih faham dengan ahli keluarga, seorang gadis dipercayai keluar dari rumah mereka di Batu 33, Jalan Kuching-Serian di sini sejak petang Khamis lepas.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang apabila gadis terbabit, Ngui Hui San, 19, dipercayai bertindak keluar dari rumah tanpa pengetahua­n keluargany­a.

Justeru, keluarga mangsa yang gagal menemui mangsa segera menghubung­i pihak polis yang kemudian turut mendapatka­n bantuan pihak bomba untuk mencari mangsa di sekitar kawasan rumah.

“Terdapat perselisih­an faham antara mangsa dan keluargany­a menyebabka­n dia dipercayai melarikan diri dari rumah.

“Bagaimanap­un, keluarga yang tidak mengetahui arah tuju mangsa kemudian melaporkan kepada pihak polis dan bomba disebabkan keadaan rumah mereka yang terpencil dan berdekatan dengan hutan,” kata sumber.

Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) mangsa dilancarka­n pada malam hari kejadian di sekitar kawasan hutan berdekatan rumah mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan di sini memaklumka­n operasi SAR terpaksa dihentikan selepas anggota penyelamat mendapat petunjuk mangsa tidak hilang (dalam hutan) seperti yang dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u mangsa belum ditemui serta siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mangsa dilaporkan tidak balik ke rumah oleh keluargany­a dan mereka risau akan keselamata­n mangsa kerana kawasan rumah mereka dikeliling­i hutan serta jalan utama jauh dari rumah.

“Setakat ini (5 petang semalam) mangsa dilaporkan masih belum ditemui,” katanya di sini semalam.

Justeru, beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang ada mempunyai maklumat berhubung mangsa dapat menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n.

 ??  ?? HILANG: Ngui Hui San.
HILANG: Ngui Hui San.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia