Utusan Borneo (Sarawak)

Ulam rahsia sihat warga emas berusia 102 tahun

-

MENDAKWA usianya 102 tahun, seorang warga emas di Kulim bukan sahaja mampu menguruska­n diri sendiri dengan baik tetapi juga memiliki daya ingatan yang masih kuat yang dipercayai­nya hasil amalan makan ulamulaman sejak muda.

Siti Zahrah Wahab dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Bok’, dipercayai penduduk tertua di kampung itu.

“Tok berjalan gunakan tongkat… penglihata­n tok semakin berkuranga­n tetapi masih boleh melihat dengan jelas dari jarak dekat. Kalau tengah hari panas tok kena pakai cermin mata yang gelap untuk atasi masalah silau mata,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Berdasarka­n tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalan­nya, Siti Zahrah dilahirkan pada 1925 namun katanya ketika pendaftara­n dokumen pengenalan diri dibuat, umurnya ‘dimudakan’ 10 tahun.

Selain mampu berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain, warga emas ini juga masih mampu bertutur dengan jelas.

Dia yang mempunyai empat anak hasil daripada dua perkahwina­n berkata anak sulungnya bernama Yazid Bakar dan sudah berusia 82 tahun.

“Tok berkahwin kali pertama ketika berumur 18 tahun dan dikurniaka­n tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang anak perempuan manakala untuk perkahwina­n kali kedua tok dikurniaka­n seorang anak perempuan,” katanya menambah kedua-dua bekas suaminya yang berkongsi nama Bakar masih ada.

Siti Zahrah yang mempunyai sembilan cucu dan 15 cicit serta piut, kini tinggal bersama anak keduanya, Zubaidah, 75.

“Ibu saya ini dia mudah ingat di mana dia letak barang-barangnya. Kalau dia perlukan barangbara­ng itu dia sendiri pergi ambil di situ. Cuma dia ada masalah pendengara­n, kalau hendak bercakap dengan dia, seseorang itu kena bercakap dengan kuat,” kata Zubaidah.

Katanya sekarang ibunya sudah kurang mengambil ulam-ulaman disebabkan mengalami masalah perut yang sensitif dengan makanan pedas.

“Ibu saya kalau hendak makan ulam mesti diregukan dengan sambal belacan, tetapi sekarang perutnya sering rasa pedih kalau makan sambal belacan. Jadi dia banyak makan nasi bersama sayur-sayuran dan ikan sahaja,” kata Zubaidah, seorang ibu tunggal yang menampung hidup mereka berdua dengan pendapatan RM270 sebulan sebagai pekerja am. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? DIPERKENAL­KAN: Sholehah menunjukka­n nasi tumpeng berserta lauk-pauknya dalam bentuk kon yang dipamerkan pada program di Pavilion Mall bertemakan Explore Exotic Indonesia di KLCC, Kuala Lumpur. PENERANGAN: Rizky pada sidang media mengenai Program...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama — Gambar Bernama DIPERKENAL­KAN: Sholehah menunjukka­n nasi tumpeng berserta lauk-pauknya dalam bentuk kon yang dipamerkan pada program di Pavilion Mall bertemakan Explore Exotic Indonesia di KLCC, Kuala Lumpur. PENERANGAN: Rizky pada sidang media mengenai Program...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia