Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bertopeng serbu majlis, tetak mati 11

-

TIZAYUCA: Sekumpulan lelaki bertopeng menyerbu masuk ke sebuah majlis kanak-kanak di tengah Mexico dan menetak 11 orang sehingga mati, menurut pihak berkuasa dan beberapa saksi kelmarin, dalam pembunuhan beramai-ramai terbaharu di negara yang dilanda keganasan ini.

Polis menemui tempat kejadian mengerikan itu ketika mereka memberi respons kepada satu panggilan kecemasan yang diterima hanya selepas waktu tengah malam di bandar Tizayuca, di wilayah tengah Hidalgo, menurut pihak berkuasa.

Jiran tetangga menyatakan empat lelaki telah menyerbu ke dalam khemah putih besar di mana sebuah keluarga sedang menganjurk­an majlis kanak-kanak di luar kediaman mereka.

Mereka telah menikam hingga mati tujuh wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak, kata pendakwa raya negeri Javier Lara.

Pembunuhan kelihatan seperti tindakan menyelesai­kan perbalahan, beliau memberitah­u satu sidang media, menyatakan bahawa pemilik rumah telah terlibat dalam jenayah terancang.

“Dia mempunyai rekod jenayah bagi pelbagai jenis jenayah, termasuk penculikan, di mana dia pernah dipenjarak­an,” menurut Lara.

“Kami dapat menjangkak­an ini sebagai tindakan penyele- saian bagi pergaduhan. Bukti menunjukka­n skuad pembunuh upahan telah dihantar ke rumah itu bagi membunuh (mangsa).”

Seorang lagi mangsa merupakan seorang pekerja dalam perkhidmat­an keselamata­n awam Bandar Mexico, jelasnya.

Empat kanak-kanak didapati tidak mengalami kecederaan, jurucakap keselamata­n awam David Pichardo memberitah­u AFP.

Salah seorang kanakkanak tersebut memberitah­u pihak berkuasa bahawa lelaki bertopeng itu memakai pakaian seragam polis telah tiba semasa majlis baharu bermula dan membunuh semua orang dewasa, lapor akhbar Excelsior. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SIASAT: Penyiasat forensik dilihat di luar rumah di mana 11 mayat ditemui di Villa de los Milagros, Tizayuca, Mexico kelmarin.
— Gambar Reuters SIASAT: Penyiasat forensik dilihat di luar rumah di mana 11 mayat ditemui di Villa de los Milagros, Tizayuca, Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia