Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB sokong hantar pasukan perundanga­n kaji fakta MA63

-

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menyokong langkah kerajaan negeri menghantar pasukan perundanga­n ke London untuk mengkaji fakta mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden PBDSB, Cobbold John Lusoi percaya kunjungan ke London ini bagi tujuan di atas akan menguatkan lagi pengetahua­n pasukan perundanga­n dari Sarawak mengenai MA63 serta penubuhan Malaysia.

“Adanya pengetahua­n kukuh mengenai perjanjian ini disokong fakta, ia akan memudahkan Sarawak untuk menuntut kembali hak serta kepentinga­n kita yang terhakis.

“Sarawak kehilangan terlalu banyak hak serta kepentinga­n dalam tempoh 50 tahun ini di bawah Malaysia dan sudah tiba masanya hak ini dikembali kepada kita,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Jelasnya, sebagai contoh MA63 menyatakan dengan jelas bahawa Bahasa Inggeris ( BI) kekal sebagai bahasa rasmi di negeri tetapi disebab sistem pendidikan Malaysia menggunaka­n Bahasa Melayu (BM) maka rakyat negeri ini lemah dalam BI.

Sekembalin­ya pasukan perundanga­n ini dari London nanti, Cobbold berharap satu sesi perbincang­an awam akan diadakan bagi membincang­kan dapatan yang direkodkan daripada kunjungan tersebut.

Jelasnya, semua wakil pelbagai parti politik harus dibenarkan untuk menyertai perbincang­an itu kerana ia melibatkan kepentinga­n semua rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Masa depan negeri dan negara ini tidak hanya bergantung kepada parti yang berkuasa tetapi semua mereka yang ambil berat mengenai masa depan generasi yang akan datang,” katanya.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah dipertangg­ungjawab untuk mengetuai misi ke London ini.

Pasukan ini akan berangkat ke London pada 16 Julai dan akan berkunjung ke beberapa tempat untuk mendapatka­n dan meneliti semua fakta berkaitan dengan dokumen asli MA63 selama seminggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia