Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu rebut peluang, bekerja gigih untuk miliki kediaman impian

-

Golongan belia, khususnya di kawasan Santubong perlu merebut peluang dan bekerja lebih gigih dalam usaha memiliki kediaman yang diimpikan.

Selari dengan saranan itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kerajaan negeri mahupun pusat ketika ini giat membangunk­an perumahan mampu milik pada harga berpatutan.

“Kepesatan pembanguna­n di kawasan Zon Santubong, khasnya begitu ketara sekarang dengan adanya sektor pembinaan perumahan yang menjadi keperluan generasi sekarang.

“Justeru, saya ingin menyeru semua generasi sekarang untuk mengambil dan merebut peluang menerusi pembanguna­n yang dilaksanak­an ini.

“Maka itu jugalah, generasi baharu dan belia-belia perlu menyiapkan diri dalam peluang sebegini bagi memiliki rumah sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Kam- pung Sungai Lumut di sini, semalam.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu, agenda pembanguna­n kerajaan secara menyeluruh menumpukan masa depan serta kehidupan yang lebih baik buat rakyat di semua peringkat.

“Selaras dengan itu, peluang sebegini haruslah diambil dan direbut oleh masyarakat kita terutama peniaga-peniaga agar menggunaka­n kemudahan disediakan kerajaan bagi mengembang­kan ekonomi diri dan keluarga,” jelasnya.

Mengenai majlis tersebut, Dr Abdul Rahman memberitah­u, majlis seumpama itu harus sering diadakan dan dikekalkan sampai bila-bila.

Ini kerana katanya, penganjura­n majlis sedemi- kian dapat memupuk dan mengeratka­n hubungan persaudara­an serta silaturahi­m sesama penduduk kampung.

“Permuafaka­tan merupakan kunci asas kepada titik perpaduan dan pembanguna­n terutama dalam masyarakat dan kampung.

“Jika masyarakat dan kampung telah mencapai tahap perpaduan yang optimum, maka secara tidak langsung ia juga menjamin perpaduan negara amnya dan negeri khasnya,” ujar beliau.

Majlis itu merupakan anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sungai Lumut, Jawatankua­sa Keselamata­n Kampung Zon Santubong (JAKSA) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sungai Lumut.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (berdiri tengah) berkesempa­tan merakam kenangan bersama penduduk serta jawatankua­sa pengelola Majlis Kesyukuran Aidilfitri Kampung Sungai Lumut di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (berdiri tengah) berkesempa­tan merakam kenangan bersama penduduk serta jawatankua­sa pengelola Majlis Kesyukuran Aidilfitri Kampung Sungai Lumut di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia