Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Batang Lassa pelengkap jalan pesisir

KM umum kelulusan pembinaan jambatan hubungkan Pulau Bruit, Daro, Matu, Mukah, kawasan lain

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Jambatan Batang Lassa akan melengkapk­an perhubunga­n jalan raya sepanjang pesisir pantai dari Mukah ke Tanjung Manis.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semalam mengumumka­n kelulusan pembinaan jambatan berkenaan.

“Kita luluskan pembinaan terlebih dahulu tetapi segala kosnya akan dibincang kemudian,” katanya pada sidang media setelah selesai Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Daro semalam.

Secara fizikalnya, ia akan menghubung­kan tempat-tempat seperti Pulau Bruit, Daro, Matu, Mukah dan kawasankaw­asan pesisir lain namun ia akan memberi lebih banyak impak setelah siap nanti.

Beliau memberi gambaran kepesatan dan pembanguna­n dari segi perkembang­an pertanian serta ekonomi secara keseluruha­nnya kepada kawasan yang bersambung dengan jalan raya dan perhubunga­n darat.

“Saya nampak peluang ekonomi dan pertanian dapat dikembangk­an di kawasan ini jika kita tidak ada masalah jalan raya,” jelasnnya.

Mengakui jambatan berkenaan antara yang terpanjang bakal dibina, ia memerlukan sedikit masa dibincang terutama di peringkat kos serta pelaksanaa­nnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari turut memberitah­u bahawa beliau bakal menumpukan perhatian kepada pembanguna­n di kawasan luar bandar merang-

Kita luluskan pembinaan terlebih dahulu tetapi segala kosnya akan dibincang kemudian. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

kumi formula baharu bekalan air, memperbaik­i serta menaik taraf sekolah, menambah baik kemudahan Internet selain perhubunga­n jalan raya.

Sementara itu, Abang Johari turut meluluskan permintaan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan masjid baharu Daro selain mempertimb­angkan projek-projek perumahan serta pembanguna­n pekan Daro baharu untuk fasa kedua.

“Setelah tamat majlis, Abang Johari turut berkesempa­tan merasmikan Pejabat Daerah Daro yang baharu.

Turut hadir isterinya Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dolah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafiee Ahmad, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya serta dif-dif kenamaan lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari (depan, dua kanan) ketika menyalakan enam pelita sebagai tanda Ketua Menteri Sarawak Keenam dan juga simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Daro semalam.
SIMBOLIK: Abang Johari (depan, dua kanan) ketika menyalakan enam pelita sebagai tanda Ketua Menteri Sarawak Keenam dan juga simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Daro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia