Utusan Borneo (Sarawak)

JTS diarah merangka pelan pembanguna­n Kampung Segedup, Kampung Sungai Maong

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah diarah merangka pelan pembanguna­n Kampung Segedup dan Kampung Sungai Maong di Satok di sini sekali gus menyuntik kehidupan baharu di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata ia merupakan pelaksanaa­n rancangan menyusun semula dua kawasan penempatan masyarakat yang memberi manfaat kepada penduduk.

Sehubungan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berhasrat akan membina skim perumahan termasuk rumah mampu milik di kawasan itu.

“Kampung Segedup akan ada kawasan perumahan, saya telah berunding supaya tanah di kawasan Batu Kawa itu dibangun semula dengan skim perumahan termasuk rumah mampu milik, supaya generasi kedua kampung ini akan dapat membeli rumah murah termasuk di Sungai Maong.

“Saya telah mengarahka­n JTS membuat pelan bagi Segedup dan Maong, saya akan membangunk­an kedua-dua kampung ini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri Gabungan KRT N8 Satok 2017 di Kompleks Sukan Komuniti Satok di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar masyarakat terus menguasai pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian.

“Kuasai bidang ICT untuk menjadi celik IT kerana kita akan menjadikan kawasan Satok ini maju selaras dengan inisiatif ekonomi digital,” ujarnnya.

Menurut beliau, pembanguna­n negeri akan terus dilaksana menerusi perancanga­n yang dibuat.

Abang Johari yakin dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, Satok akan memiliki sebuah daerah perniagaan baharu.

“Selagi saya menjadi pemimpin, Sarawak akan membangun sempurna dengan pendekatan ekonomi digital sekali gus mentransfo­rmasikan Sarawak sebagai negeri terkemuka di Malaysia pada 2030.

“Saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat bukan hanya Satok tetapi juga di seluruh Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyaksika­n acara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Gabungan KRT N8 Satok dengan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Terdahulu Abang Johari dalam ucapannya, menyambut baik kerjasama antara dua pihak tersebut dalam membina jaringan ICT antara komuniti, UNIMAS dan kerajaan menerusi ‘ Project Service Learning’.

Kerjasama sinergi itu telah terjalin sejak September 2016, lanjutan itu, kedua-dua pihak berminat untuk meneruskan kerjasama dalam bidang Service Learning, Budaya dan Warisan, Peluang Perniagaan, Pembanguna­n Kemahiran, Pembanguna­n Belia, Projek Komuniti, Latihan, Penyelidik­an dan Penerbitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia