Utusan Borneo (Sarawak)

Pengumuman pembinaan Jambatan Batang Lassa berita baik: Abdullah

-

KUCHING: Pengumuman pembinaan Jambatan Batang Lassa dari Mukah ke Tanjung Manis oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semalam merupakan berita baik.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol, cadangan pembinaan jambatan ke Pulau Bruit sama ada dari Daro atau Tanjung Manis/ Serdeng bukanlah permohonan yang baharu dikemukaka­n.

Bagaimanap­un katanya, kajian terperinci mengenai pembinaann­ya perlu dilaksanak­an merangkumi aspek teknikal, kejurutera­an dan aspek berkaitan.

“Sebelum ini, kita bersama beberapa wakil rakyat kawasan pesisir telah menyerahka­n memorandum untuk tindakan Ketua Menteri, yang mana sebelum ini adalah Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan perkara sama juga disuarakan kepada Ketua Menteri baharu (Abang Johari) dan beliau menyahut cadangan kami dengan begitu positif sekali.

“Tetapi kita mahu kajian tentang pembinaan jambatan menghubung­kan Pulau Bruit sama ada ke Daro atau ke Tanjung Manis dilaksanak­an dan tidak hanya dibuat selepas Jambatan Igan siap dibina.

“Ini kerana kita tahu kajian kejurutera­an, kajian tanah (SI) dan sebagainya bagi tujuan pembinaan dijangka bernilai tidak kurang RM400 juta, hanya untuk satu jambatan.

“ini mungkin mengambil masa yang lama termasuk pertimbang­an tentang sumber kewangan untuk membiayai projek ini,” katanya.

Menyedari keperluan pembanguna­n jalan pesisir, katanya, Abang Johari menerusi rombakan kabinet baru-baru ini melantik Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi bagi mentadbir semua perkara berkaitan sistem perhubunga­n di kawasan pesisir sama ada keperluan jambatan mahupun jalan raya.

“Malah beliau ( Abang Johari) juga sedia maklum betapa jalan raya pesisir perlu dinaik taraf dan beberapa jambatan perlu dibina khusus di kawasan pesisir Sarawak kerana kawasan inilah antara kawasan yang paling padat, lokasi Pelabuhan Laut Dalam serta aktiviti sosioekono­mi yang berpotensi untuk pertanian dan perikanan.

“Bukan itu sahaja, industri berat dan sederhana juga kebanyakan­nya terletak di kawasan pesisir dari Tanjung Manis sehingga ke Samalaju di Bintulu,” jelasnya.

Semalam, Abang Johari mengumumka­n kelulusan pembinaan Jambatan Batang Lassa sekali gus melengkapk­an perhubunga­n jalan raya sepanjang pesisir pantai dari Mukah ke Tanjung Manis.

Secara fizikalnya, menurut Abang Johari, ia akan menghubung­kan tempat-tempat seperti Pulau Bruit, Daro, Matu, Mukah dan kawasankaw­asan pesisir lain namun, ia akan memberi lebih banyak impak setelah siap nanti.

Beliau memberi gambaran kepesatan dan pembanguna­n dari segi perkembang­an pertanian serta ekonomi secara keseluruha­nnya kepada kawasan yang bersambung dengan jalan raya dan perhubunga­n darat.

Turut hadir isterinya Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dolah, ADUN Daro Shafiee Ahmad, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya serta dif-dif kenamaan lain.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Abang Johari (berdiri, empat kiri) bersama Juanda (kiri), Abdullah (kanan) dan Shafiee (di sebelah Abang Johari, berbaju biru) bersama tetamu kenamaan lain merakam kenangan selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Daro,...
UNTUK KENANGAN: Abang Johari (berdiri, empat kiri) bersama Juanda (kiri), Abdullah (kanan) dan Shafiee (di sebelah Abang Johari, berbaju biru) bersama tetamu kenamaan lain merakam kenangan selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Daro,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia