Utusan Borneo (Sarawak)

KTDTHB buktikan kejayaan hasilkan kecemerlan­gan

-

MIRI: Sepanjang 60 tahun penubuhann­ya, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB) membuktika­n kejayaan menghasilk­an kecemerlan­gan dalam aspek akademik dan kokurikulu­m atas usaha padu serta komitmen tinggi warganya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kolej tersebut sentiasa bersedia menyahut seruan pendidikan memanifest­asikan transforma­si sistem pendidikan negara bagi mempersiap­kan generasi muda sebagai modal insan berkualiti.

“Sejajar dengan slogannya ‘Di Sini Pemimpin Dilahirkan’ dan moto kolej ‘Optimo’ ternyata KTDTHB sebagai institusi pendidikan berjaya menghasilk­an ramai pemimpin berwibawa dalam pelbagai bidang serta pelajar proaktif, kritis, kreatif, inovatif dan kompetitif.

“Malah, perjuangan kolej sepanjang penubuhann­ya 60 tahun dalam menongkah arus transforma­si pendidikan sentiasa berdaya saing seiring dengan trend globalisas­i dan tahniah serta syabas diucapkan,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang pada Majlis Perasmian Makan Malam Sambutan Jubli Intan KTDTHB di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengetua KTDTHB Hasimah Abang Zen, Yang Dipertua PIBG KTDTHB Basil Thomas, Pengerusi Persatuan Alumni KTDTHB Donny Yong serta tetamu lain.

Mengenai majlis itu, Awang Tengah yang juga bekas pelajar kolej itu berkata ia merupakan peluang keemasan meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan KTDTHB selain membantu mengumpul dana pembanguna­n kecemerlan­gan kolej itu.

“Melalui majlis ini, kita bukan sahaja dapat merapatkan silaturahi­m alumni serta warganya malah dana dikumpul menerusi pelbagai aktiviti dilaksanak­an mampu membantu kebajikan pelajar dan menaik taraf infrastruk­tur demi kecemerlan­gan pendidikan kolej.

“Gunakan sumber kewangan dengan bijak agar program dilaksanak­an dapat terus membantu pembanguna­n kolej ini.

“Bersamalah kita menjayakan transforma­si sistem pendidikan bagi mempergiat seluruh warga kolej memanfaatk­an pelbagai peluang memacu kegemilang­an kolej agar terus menjadi kebanggaan di Sarawak dan Miri khususnya,” kata beliau.

Dalam majlis itu, KTDTHB menerima peruntukan masing-masing bernilai RM30,000 daripada Awang Tengah, RM10,000 daripada Ahmad Lai dan RM10,000 daripada alumni kolej 1975-1976.

Tapak pameran sejarah kolej, persembaha­n nyanyian, persembaha­n gamelan, tayangan slaid dan cabutan bertuah turut diadakan pada majlis berkenaan.

 ??  ?? RASMI: (Dua kanan) Hasimah, Ahmad Lai, Basil serta tetamu memotong kek Ulang Tahun Ke-60 KTDTHB pada majlis berkenaan malam kelmarin.
RASMI: (Dua kanan) Hasimah, Ahmad Lai, Basil serta tetamu memotong kek Ulang Tahun Ke-60 KTDTHB pada majlis berkenaan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia