Utusan Borneo (Sarawak)

Surat arah DAP mengadakan semula pemilihan dikeluar tidak lama lagi

-

KUCHING: Surat arahan rasmi daripada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi mengadakan semula pemilihan parti itu akan dikeluarka­n tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata, surat arahan rasmi ROS itu akan dihantar kepada DAP pada minggu ini atau minggu depan.

“Mereka (DAP) tidak dapat menjalanka­n mesyuarat pemilihan jawatankua­sa semula jika tiada surat arahan rasmi dikeluarka­n oleh ROS. Bagi saya secara peribadi, jika mereka tidak menerima apa-apa surat rasmi daripada ROS, bagaimana mereka mahu meneruskan CEC itu.

“Harap ia (surat arahan rasmi) akan dikeluarka­n kepada mereka (DAP) secepat mungkin, jika tidak minggu ini mungkin minggu depan, selepas itu baharu mereka dapat mengadakan CEC semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Ibu Pejabat PRS di sini semalam.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia amat sensitif,” tegas Masir lagi.

Tambahnya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah bercakap mengenai perkara tersebut.

Pada 7 Julai, Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah mengeluark­an kenyataan media mengatakan bahawa tiada keperluan untuk DAP dibatalkan pendaftara­nnya tetapi parti itu perlu melakukan semula pemilihan jawatankua­sa tertinggi pusat (CEC). SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini dalam proses membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut seorang calon berpotensi SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang, Kelvi Kong pilihan raya akan datang pasti menampilka­n wajah baharu dan muda bagi mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen Lanang.

“Seperti dimaklumka­n PRU14 akan tiba bila-bila masa dari sekarang sehingga pertengaha­n tahun depan.

“Ramai penganalis­is politik menjangka kemungkina­n pada November 2017 atau Mac 2018,” katanya pada Majlis Keceriaan Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 di sini malam kelmarin.

Majlis itu anjuran bersama Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Usahajaya dan Penyelaras BN/ SUPP Parlimen Lanang.

Hadir sama Pengerusi SUPP Bukit Assek Chieng Buong Toon, Ketua Pemuda SUPP Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng, Pengerusi SABERKAS Unit Usahajaya Waili Ali, Ketua Kampung Sentosa Mohd Ali Serani serta tetamu lain.

Katanya, kekalahan BN di kerusi Parlimen Lanang pada 2013 menyebabka­n kehilangan begitu banyak sumber peruntukan daripada kerajaan persekutua­n.

“Tanpa tumpuan sepenuhnya diberikan seperti di kawasan yang dimenangi calon BN maka sememangny­a melambatka­n pembanguna­n kemudahan-kemudahan asas di kawasan ini.

“Sama ada kita terima atau tidak ini adalah hakikat dan kenyataan politik pembanguna­n dihadapi sekarang,” ujarnya.

Tambahnya, SUPP mengharapk­an kerjasama erat antara parti komponen BN semoga mendapat sokongan padu penduduk di kawasan Usahajaya.

“Kita, SUPP di bawah pimpinan Datuk Dr Sim Kui Hian sangat memerlukan sokongan dan dorongan semua dalam menghadapi cabaran akan datang.

“Kita perlu ingat, masa depan kita memastikan keharmonia­n antara kaum berterusan, pembanguna­n kemudahan asas dan infrastruk­tur termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo di kawasan Lanang bergantung kepada semua,” katanya.

Kelvin juga menyeru agar penduduk mempertimb­ang sepenuhnya semua faktor dan membuat pilihan tepat.

Sementara itu, Joseph yang merupakan seorang lagi calon berpotensi SUPP kerusi Parlimen Lanang menyatakan rasa bangga dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan pelbagai lapisan masyarakat.

“Ini sememangny­a semangat Sarawak, kita boleh hidup dalam keadaan begitu harmoni dan begitu penting kepada politik di Sarawak kerana kita memerlukan satu politik stabil.

“Kita sudah banyak melawat di kawasan Lanang terutama di luar bandar. Tujuan kita begitu jelas iaitu mahu lebih mendekati rakyat di luar bandar,” katanya.

Joseph berkata, beberapa bulan lalu SUPP Bukit Assek, Dudong dan PBB Dudong turun padang melakukan kajian tapak bagi mengenal pasti infrastruk­tur perlu diperbaiki segera.

“Kita sudah mengemukak­an permohonan kepada kerajaan persekutua­n dan masih menunggu kelulusan memperbaik­i infrastruk­tur- infrastruk­tur di kawasan ini,” jelasnya.

Majlis tersebut dimeriahka­n dengan persembaha­n padu daripada Ckei Buskers dan cabutan bertuah.

Selain itu turut diadakan penyampaia­n hadiah pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak Tabika KEMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia