Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang wanita menjadi calon pilihan raya

Pemimpin parti komponen BN lain perlu beri peluang kepada wanita untuk dicalon dalam PRU

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memberi peluang kepada wanita untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana wanita turut mempunyai keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat dan pada masa sama menambah bilangan pemimpin wanita di negeri ini.

“Untuk PBB, kita sudah ada jumlah pemimpin wanita yang baik namun kalau kepimpinan tertinggi parti ingin menambah lagi calon wanita, ia sangat dialu- alukan.

“Tetapi bagi pihak wanita dalam parti komponen BN yang lain, saya berharap akan ada calon wanita diletakkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PBB Cawangan Batu Kitang di Kampung Haji Baki di sini, semalam.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong dan setiausaha Wanita PBB menambah, kawasan yang sesuai untuk diletakkan calon wanita ialah di luar bandar.

Jelas beliau, ia memandangk­an kawasan luar bandar mempunyai majoriti wanita dan ia amat bersesuaia­n dalam meningkatk­an semangat wanita di luar bandar untuk terus maju.

Dalam pada itu, beliau berkata wanita juga berpotensi dicalonkan di konstituen­si bandar kerana walaupun ia bukan kawasan majoriti populasi wanita, namun rakyat mungkin berkehenda­kkan wanita untuk membawa perubahan.

“Kami sudah berbincang dengan wanita BN Negeri tetapi ia adalah bergantung kepada konstituen­si dan kepimpinan parti, cuma kami berharap wanita akan turut diberi kerusi,” katanya.

Nancy menambah, mencalonka­n wanita dalam PRU kelak juga mungkin boleh menyumbang kepada pertambaha­n kerusi dimenangi BN.

Katanya pada masa ini, BN hanya memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandi­ngkan di negeri ini.

“Saya percaya wanita mampu menawan kerusi yang disandang pembangkan­g terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Tetapi bagi pihak wanita dalam parti komponen BN yang lain, saya berharap akan ada calon wanita diletakkan. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? RASMI: Nancy (dua kiri) dan Ahmad (tengah) bersama tetamu kehormat lain menyalakan lampu sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PBB Cawangan Batu Kitang di Kampung Haji Baki semalam.
RASMI: Nancy (dua kiri) dan Ahmad (tengah) bersama tetamu kehormat lain menyalakan lampu sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PBB Cawangan Batu Kitang di Kampung Haji Baki semalam.
 ??  ?? RAI BERSAMA: Kelvin (lima kiri), Joseph (enam kiri) serta yang lain pada Majlis Keceriaan Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 di Sibu, malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Kelvin (lima kiri), Joseph (enam kiri) serta yang lain pada Majlis Keceriaan Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia