Utusan Borneo (Sarawak)

26 kes gigitan anjing baharu dalam tempoh 2-16 Julai

-

KUCHING: Sebanyak 26 kes gigitan anjing baharu dikesan dalam tempoh 2 hingga 16 Julai, di mana 19 kes daripada jumlah itu adalah yang berlaku semalam.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan semalam, jumlah itu menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing sejak 1 April hingga semalam adalah 332.

“Seramai 235 orang telah datang menerima vaksin. Mohon mereka yang telah digigit anjing dalam kawasan terlibat, tampil dengan segera bagi mendapatka­n pemeriksaa­n dan vaksin,” katanya.

Buat masa ini, vaksin hanya diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing di kawasan wabak yang memenuhi kriteria klinikal dan orang ramai turut diseru untuk tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliara­n serta bermain dengan haiwan kesayangan tersebut meskipun telah divaksin. Sementara itu, Jabatan Perkhidmat­anVeterina­rSarawak(JPVS) telah memvaksink­an 5,850 ekor haiwan peliharaan terdiri daripada 1,626 anjing, 4,199 kucing dan 25 haiwan lain.

Kelmarin, sebanyak 516 anjing dan 1,019 kucing daripada 263 pemilik haiwan diberi vaksin di kawasan bandar Serian dan aktiviti itu diteruskan semalam dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut meluangkan masa petang semalam untuk melihat proses operasi pemvaksina­n di Dewan Masyarakat Serian, petang semalam. Sebanyak 68 kempen kesedaran mengenai wabak rabies telah diadakan JPVS di kawasan terlibat dan telah dihadiri 4,862 penduduk kampung dan pelajar sekolah.

JPVS akan meneruskan aktiviti penyiasata­n kes-kes yang dilapor berkaitan wabak rabies di sekitar bahagian Serian. JPVS memohon kerjasama daripada semua pihak yang mana haiwan mereka telah divaksinas­i untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masing-masing.

Sekiranya terdapat perubahan sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif sila buat laporan ke Bilik Gerakan JPVS di talian 082-621949 / 611607. JPBN ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti JPVS, Jabatan Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah, Kementeria­n Kerajaan Tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Residen dan Daerah, PDRM, ATM dalam menjayakan operasi pemvaksina­n dan kempen kesedaran untuk menangani wabak rabies.

Turut terlibat adalah Majlis Daerah Serian, Majlis Daerah Tebedu, Majlis Perbandara­n Kota Samarahan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, ketua-ketua kaum, Persatuan Veterinar Sarawak, Persatuan Mencegah Penganiaya­an Terhadap Haiwan (SSPCA) serta agensi kerajaan negeri dan persekutua­n. BETONG: Individu yang telah digigit anjing atau kucing harus segera mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital berdekatan walaupun tinggal di luar kawasan jangkitan rabies.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia merupakan nasihat daripada doktor berikutan wabak rabies di bahagian Serian yang telah meragut tiga nyawa setakat ini.

“Sebagai pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n Negeri Sarawak, saya sekarang sibuk dengan anjing dan kucing kerana di Serian telah berlaku penyakit anjing gila dan telah meragut tiga nyawa dan satu lagi masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

“Jadi nasihat saya, ini adalah daripada doktor, walaupun kita berdoa ia tidak merebak ke kawasan lain termasuk Betong, jika ada anak atau cucu kita digigit anjing atau kucing, pertama pastikan luka gigitan dibersih segera dan sebersih mungkin kemudian terus membawa mangsa mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital berdekatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Melayu Betong di Dewan Panglima Rentap di sini malam kelmarin.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata doktor me- maklumkan jika rawatan segera diberikan kepada mangsa, penyakit rabies dapat dipulihkan.

“Kalau anda ternampak anjing atau kucing di sini tidak berapa sihat atau liar , lapor segera kepada Majlis Daerah Betong agar mereka dapat mengambil tindakan termasuk menangkap haiwan berkenaan.

“Perkara ini juga boleh dimaklumka­n kepada saya. Saya akan mengarahka­n pihak bertanggun­gjawab termasuk dari Kuching mengambil tindakan dengan segera,” katanya.

Menurut Uggah, setakat ini lebih 20 anjing dan kucing di kawasan diisytihar kawasan rabies dijangkiti virus berkenaan dan kesemua tempat itu berdekatan dengan sempadan negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia