Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan SABERKAS disaran perkasa program untuk lahir pemimpin pelapis

-

KUCHING: Semua 82 cawangan Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) disaran memperkasa­kan program di cawangan masing-masing untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa datang.

Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi berkata dua aspek penting dalam SABERKAS adalah untuk mengetenga­hkan golongan belia kepada aktiviti kemasyarak­atan dan ilmu kepimpinan.

“SABERKAS merupakan payung atau wadah untuk memperjuan­gkan kepentinga­n golongan belia di samping mempersiap­kan mereka dengan ilmu kepimpinan.

“Bagaimanap­un disebabkan kemodenan dan dunia tanpa sempadan, minat belia untuk terlibat dalam pertubuhan belia seperti SABERKAS semakin berkuranga­n.

“Sehubungan itu kepimpinan SABERKAS di semua 82 cawangan perlu memikirkan program yang mengikut minat belia masa kini asalkan berfaedah kepada para belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri SABERKAS Cawangan Pantai Damai di Dewan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah di sini semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menambah, SABERKAS adalah unik berbanding pertubuhan- pertubuhan belia yang lain.

Salah satu keistimewa­an SABERKAS adalah dikecualik­an daripada Pendaftar Belia dan ditubuhkan atas perbincang­an kerajaan antara kerajaan iaitu antara kerajaan di peringkat negeri dan persekutua­n.

Selain itu keahlian SABER- KAS juga kekal sampai bilabila tidak seperti pertubuhan belia lain di mana had umur tertentu ditetapkan untuk menyertai pertubuhan belia.

Namun katanya, disebabkan minat belia untuk menyertai SABERKAS menurun pada akhir tahun 1990-an hingga 2000, pindaan besarbesar­an ke atas perlembaga­an SABERKAS telah dibuat bagi menetapkan 70 peratus ahli haruslah daripada kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

“Selepas pindaan ini dibuat kita dapat melihat semakin ramai belia mula tampil untuk menyertai SABERKAS dan menunjukka­n bakat kepimpinan mereka.

“Kini, kita dapat melihat ramai pemimpin belia di peringkat unit yang berpotensi sebagai pemimpin pelapis bagi negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, SABERKAS Pantai Damai dan Kota Sentosa akan bekerjasam­a menganjurk­an Program Amal dan Ekspo Mini pada 28 hingga 30 Julai ini di Mydin Samariang.

 ??  ?? SUASANA AIDILFITRI: Dr Abdul Rahman (lima kanan) serta pemimpin SABERKAS Pantai Damai dan cawangan lain membelah lemang sebagai simbolik perasmian.
SUASANA AIDILFITRI: Dr Abdul Rahman (lima kanan) serta pemimpin SABERKAS Pantai Damai dan cawangan lain membelah lemang sebagai simbolik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia