Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Budaya Bidayuh di Kampung Apar: Nansian

-

BAU: Kampung Budaya Bidayuh (BCV) yang pertama seumpamany­a akan dibangunka­n di Pusat Persatuan Penyelidik­an dan Pergerakan Pembanguna­n Singai Sarawak (REDEEMS) yang berpusat di Kampung Apar, Singai dalam daerah Bau di sini.

Pengerusi REDEEMS Datuk Peter Nansian Ngusie berkata BCV pertama seumpamany­a bakal dibangunka­n dalam masa terdekat ini dengan kos antara RM8 juta hingga RM10 juta.

“Dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, kita di REDEEMS ini akan mempunyai perkampung­an budaya kita sendiri yang menjadi lokasi utama untuk kita menganjurk­an Karnival Gawai REDEEMS dengan lebih hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-12 Karnival Ga- wai REDEEMS serta Ulang Tahun Ke-20 REDEEMS di Pusat REDEEMS kelmarin yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Bercakap mengenai majlis tersebut, ia menurut Nansian adalah sebagai meraikan pencapaian REDEEMS sepanjang tempoh 20 tahun penubuhann­ya serta kejayaan menganjurk­an karnival Gawai selama 12 tahun berturut-turut.

Katanya, meskipun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak, namun REDEEMS telah berjaya membawa banyak pembanguna­n yang signifikan kepada masyarakat terutama komuniti Singai sendiri.

Antaranya, pembanguna­n Pusat REDEEMS dalam kawasan seluas 17 ekar lengkap dengan kemudahan dewan, pejabat pentadbira­n, perpustaka­an masyarakat serta satu blok rumah panjang tradisiona­l.

REDEEMS menurut Nansian juga telah menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam penyelidik­an di Gunung Singai bagi projek bank benih seperti durian Singai.

Malah katanya, REDEEMS baru-baru ini telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi membangunk­an Taman Buluh dan Taman Pokok Kayu Sarawak.

“Semua yang kita usahakan di REDEEMS ini adalah untuk kepentinga­n komuniti di Singai ini sendiri dan saya sedia mengundur diri jika khidmat saya tidak diperlukan lagi.

“Kerana apa yang penting bagi saya segala usaha dan perancanga­n di REDEEMS harus diteruskan dan diperhebat­kan lagi demi masa depan komuniti Singai sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia