Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat negeri ini digesa pelihara keharmonia­n dan perpaduan

-

KOTA SAMARAHAN: Rakyat negeri ini digesa memelihara keharmonia­n dan perpaduan yang menjadi kunci kestabilan dan kemajuan yang dikecapi hari ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, semangat perpaduan dan keharmonia­n masyarakat berbilang kaum dan agama dapat dipupuk menerusi penganjura­n aktiviti rumah terbuka.

“Seperti Program Raya Sekampung 2017 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lubok Antu dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Lubok Ria ini antara landasan terbaik untuk kita merapatkan lagi ukhuwah sesama kita.

“Suasana hidup bersatu hati ini perlu kita kekalkan kerana ia adalah faktor yang penting untuk sesebuah negara terus membangun dan maju,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di sini kelmarin.

Pada masa sama Rubiah memberitah­u, pergolakan yang berlaku di kebanyakan negara Arab disebabkan ketiadaan persefaham­an dan perpaduan rakyat.

“Inilah keunikan yang ada pada kita di Sarawak walaupun kita mempunyai pelbagai bangsa dan agama tetapi kita tetap hidup bermasyara­kat, bertolak ansur antara satu sama lain dan paling penting perpaduan kita sentiasa teguh.

“Tanpa suasana sebegini adalah sukar untuk kita melaksanak­an pembanguna­n bagi memajukan negeri dan negara kita,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap penganjura­n program seumpama itu dapat diteruskan dan dipanjangk­an di kampungkam­pung lain agar semangat kejiranan dan kesatuan penduduk kampung dapat dipelihara dengan baik.

“Tahniah kepada jawatankua­sa penganjur kerana berjaya melaksanak­an program yang bermanfaat ini dan berjaya menarik penglibata­n ramai penduduk kampung,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia