Utusan Borneo (Sarawak)

Belia digalak ceburi bidang penjaja

-

SIBU: Golongan belia digalakkan menceburi bidang penjaja dalam menghasilk­an ‘darah baharu’ dalam menjalanka­n perniagaan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata generasi muda mempunyai idea lebih kreatif dan inovatif memperbaik­i dan menaik taraf perniagaan.

“Penjaja memainkan peranan penting dalam penggunaan makanan harian dalam kalangan rakyat. Mereka berada di perbatasan mengetahui keadaan ekonomi di pasaran,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankua­sa Persatuan Penjaja Sarawak Gabungan Bahagian Sibu dan Daerah Meradong di sini malam kelmarin.

Chiong Siong Nguong dipilih untuk penggal keenam berturut- turut sebagai pengerusi persatuan tersebut bagi sesi 2017-2018.

Hadir sama Presiden Persatuan Penjaja Sarawak Kapitan Lim Sing Kee.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, kerajaan negeri sangat mesra serta mengambil berat terhadap peniaga-peniaga kecil dan penjaja.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mendirikan pasar sentral kondusif dan baik di sini untuk faedah penjaja.

Wong turut melawat pusatpusat penjaja di negeri ini bagi mendapatka­n maklum balas meningkatk­an perniagaan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu menjelaska­n bahawa penjaja harus mengukuhka­n kerjasama dengan kerajaan untuk manfaat semua.

Menurutnya, apabila membuat keputusan, kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi sentiasa mengambil kira pentadbira­n, perniagaan dan kepentinga­n awam.

“Sebagai sebuah kerajaan bertanggun­gjawab, kita menjaga bukan sahaja kepentinga­n penjaja tetapi keseluruha­n lapisan masyarakat.

“Apabila membuat peraturan tertentu, kita perlu mengambil kira, menghuraik­an pembanguna­n perniagaan dan perancanga­n bandar supaya memberi manfaat kepada semua,” jelasnya.

Wong kemudian turut mengumumka­n peruntukan RM10,000 untuk persatuan tersebut menjalanka­n aktiviti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia