Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Pusat Persidanga­n Serian, Kompleks Pentadbira­n Bahagian Serian mesti disegeraka­n

-

KUCHING: Kerja- kerja fizikal Pusat Persidanga­n Serian dan Kompleks Pentadbira­n Bahagian Serian mesti bermula September tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Beliau berkata ia sejajar dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk melihat projek-projek ini bermula dan siap secepat mungkin.

“Ketua Menteri semasa datang untuk menyempurn­akan upacara pecah tanah pada April lalu, memberitah­u saya bahawa pembinaan harus bermula pada September ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Pejabat Residen Serian di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menurut Manyin, projek tersebut adalah diluluskan oleh bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selepas Serian dinaik taraf sebagai bahagian pada tahun lepas.

Pusat Persidanga­n Serian dan Kompleks Pentadbira­n Bahagian Serian yang bernilai kira-kira RM200 juta akan dibangunka­n Sarawak Incorporat­ed Sdn Bhd di tapak seluas 32 ekar berhampira­n bangunan Residen Serian dan Pejabat Daerah Serian pada masa ini.

Pada masa ini, kerja membersihk­an tapak dan kerja berkaitan sedang dijalankan di tapak projek.

Manyin yang juga ADUN Tebedu, berkata kompleks pentadbira­n akan menempatka­n semua jabatan dan agensi kerajaan yang kini tidak mempunyai pejabat tetap di Serian.

Beliau juga berkata Pusat Persidanga­n Serian akan menjadi yang terbesar di mana-mana bahagian di negeri ini, walaupun kapasiti dewannya telah dikurangka­n untuk menampung sehingga 1,500 orang, berbanding sebelumnya 2,000 orang.

Beliau turut mengumumka­n kerajaan telah meluluskan sebanyak RM20 juta untuk membina sebuah jambatan kabel seperti di Putrajaya, sebagai tarikan pelanconga­n Serian yang terkini.

“Apabila semua ini selesai, Serian akan mempunyai rupa yang baharu berbanding seka- rang,” katanya.

Mengenai perkara lain, Manyin berharap Pejabat Residen Serian akan menumpukan usaha untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat di sana.

Beliau menyatakan hasratnya untuk melihat lebih banyak tanah dibangunka­n untuk aktiviti komersil yang memberi manfaat kepada rakyat di Serian.

 ??  ?? SIMBOLIK: Manyin (empat kiri) bersama yang lain memotong kek sempena Majlis Makan Malam Penghargaa­n Pejabat Residen Serian di sebuah hotel di Kuching, kelmarin.
SIMBOLIK: Manyin (empat kiri) bersama yang lain memotong kek sempena Majlis Makan Malam Penghargaa­n Pejabat Residen Serian di sebuah hotel di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia