Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan mengambil berat terhadap aspek pendidikan

-

SRI AMAN: Kerajaan terus mengambil berat terhadap aspek pendidikan di negeri ini dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata negeri ini amat memerlukan tenaga mahir yang tinggi untuk bersama dengan kerajaan membangunk­an negeri.

“Justeru, kerajaan mahu anak- anak kita menimba ilmu setinggi mungkin untuk mencapai hasrat tersebut,” katanya pada Majlis Merarau 2017 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Keranggas di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, pelajar harus mengikis sikap malas turun ke sekolah kerana sikap itu boleh menggelapk­an masa depan mereka.

Katanya, ibu bapa harus memainkan peranan penting memastikan anak-anak mereka sentiasa pergi ke sekolah dan mendapatka­n ilmu secukupnya.

“Di sekolah guru menjaga mereka dan mendidik mereka tetapi apabila balik ke rumah ibu bapa harus memainkan peranan sebagai guru dan sentiasa memastikan mereka tidak lalai dengan pelajaran.

“Jangan membuang peluang, inilah masa menimba ilmu kerana ia sebagai jambatan kehidupan pada masa depan,” katanya.

Turut hadir Guru Besar Sigai Kilau, Yang Dipertua PIBG Sekolah Tuai Rumah Murni serta yang lain.

Masir turut menyalurka­n peruntukan berjumlah RM50,000 bagi tahun 2018 untuk menyiapkan dewan sekolah itu manakala RM5,000 kepada tabung PIBG sekolah.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Sigai (dua kiri) dan Murni (tiga kanan) menyarungk­an selempang kepada Masir (tengah) sebagai cenderamat­a.
CENDERAMAT­A: Sigai (dua kiri) dan Murni (tiga kanan) menyarungk­an selempang kepada Masir (tengah) sebagai cenderamat­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia