Utusan Borneo (Sarawak)

Alat pemadam api keperluan setiap rumah

Penghuni disaran membeli alat pemadam api persediaan sekiranya berlaku kebakaran

-

Di Sarawak, harga satu alat pemadam api adalah sekitar RM120. Ada yang mengatakan­nya agak mahal, tetapi rumah mereka mempunyai televisyen skrin nipis, telefon pintar terkini yang berharga jauh lebih mahal daripada alat pemadam api.

KUCHING: Setiap penghuni kediaman disaran membeli alat pemadam api khusus untuk kediaman masingmasi­ng sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran di kawasan kediaman mereka.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii, dengan adanya kelengkapa­n alat pemadam api, penghuni dapat menghentik­an kebakaran daripada terus merebak sementara menunggu kehadiran pihak bomba.

“Di Sarawak, harga satu alat pemadam api adalah sekitar RM120. Ada yang mengatakan­nya agak mahal, tetapi rumah mereka mempunyai televisyen skrin nipis, telefon pintar terkini yang berharga jauh lebih mahal daripada alat pemadam api.

“Tetapi jika berlaku kebakaran, baharulah mereka sedar kepentinga­n sekurangku­rangnya memiliki satu alat pemadam api di rumah mas-

Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Sarawak

ing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Lan Berambeh Gawai Raya Bomba Komuniti serta Penyerahan Sijil Bomba Komuniti N4, N6 & N7 di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Kata Tiong, ia memakan belanja agak besar kepada jabatan untuk menyediaka­n alat pemadam api itu kepada semua penghuni.

“Sebab itu sekiranya pihak bomba mengadakan kursuskurs­us mengenai kebakaran di kampung-kampung, pihak kami akan menyediaka­n lima unit alat pemadam api untuk sebuah kampung,” jelasnya.

Menurut Tiong, mereka yang mengikuti kursus tersebut adalah ahli Bomba Komuniti, yang menjadi orang pertama bertindak sekiranya berlaku kebakaran di kawasan masing-masing.

Mereka bukan sahaja membantu mengawal kebakaran tetapi juga membantu jentera bomba sampai ke lokasi kejadian lebih cepat dengan membantu membuka laluan, jelasnya.

“Anggota bomba perlu mengikuti kursus selama empat bulan setengah tetapi untuk Bomba Komuniti, mereka hanya perlu mengikuti dua hari kursus asas yang juga merangkumi pembelajar­an untuk menggunaka­n alat pemadam api sebetulnya,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola Uwan Anjot berkata, majlis itu diadakan bagi mengukuhka­n lagi hubungan serta jaringan antara pihak bomba dan Bomba Komuniti selain menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.

Katanya, sambutan yang ditunjukka­n oleh orang awam adalah sangat baik apabila kursus Bomba Komuniti dianjurkan di kawasan, yang juga menunjukka­n mereka mahu belajar dan menubuhkan Bomba Komuniti di kawasan masing-masing.

 ??  ?? KENANGAN: Tiong (berdiri, empat kiri) dan Ketua Balai Bomba Petra Jaya Mohd Mizra Dzalmira Miraj (berdiri lima kiri) merakam kenangan bersama tetamu.
KENANGAN: Tiong (berdiri, empat kiri) dan Ketua Balai Bomba Petra Jaya Mohd Mizra Dzalmira Miraj (berdiri lima kiri) merakam kenangan bersama tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia