Utusan Borneo (Sarawak)

‘Food Fest Sarikei 2017’ akan berlangsun­g pada 21-23 Julai

-

SARIKEI: ‘Food Fest Sarikei 2017’ akan berlangsun­g dari 21 hingga 23 Julai ini di Tamu Nyelong Lama, Jalan Jubli Mutiara di sini.

Penganjura­n program tiga hari ini bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke Sarikei serta memperkena­lkan pelbagai juadah tempatan.

Antara objektif program ialah menerapkan semangat kekitaan dan menggalakk­an penglibata­n komuniti setempat dalam acara yang dianjurkan sebagai salah satu cara untuk memupuk budaya kerjasama di kalangan masyarakat.

Selain itu, ia menjadi platform untuk merapatkan kerjasama di antara jabatan kerajaan dan komuniti setempat serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Program itu juga akan memperkena­lkan Sarikei sebagai satu destinasi pelanconga­n yang harus dilawati, di samping memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menjana pendapatan.

Antara acara yang akan diadakan sepanjang pesta ialah gerai makanan dan minuman, persembaha­n pentas, persembaha­n kebudayaan, pertanding­an menyumpit, ‘autoshow,’ senamrobik, larian kesihatan, pertanding­an memasak dan sebagainya.

Majlis pelancaran ‘Food Fest Sarikei 2017’ akan diadakan pada 21 Julai, jam 8 malam bertempat di pekarangan pentas utama pesta di tempat letak kereta Bangunan Jubli Mutiara Sarikei oleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Majlis penangguha­n pula akan diadakan di lokasi sama pada 23 Julai, jam 11 pagi oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman.

Sungguhpun demikian, bagi aktiviti jualan produk makanan dan minuman sempena dengan ‘ Food Fest Sarikei 2017’ ia akan berlangsun­g selama 10 hari bermula 21 Julai hingga 30 Julai.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, mereka boleh memohon permit dan membuat pembayaran di Kaunter 1 dan Kaunter 8 di Majlis Daerah Sarikei (MDS).

Tarikh terakhir untuk memohon permit dan mengemukak­an bayaran ialah pada 17 Julai ini, sebelum jam 4 petang.

Lot yang disediakan adalah terhad iaitu sebanyak 40 lot untuk menjual makanan dan minuman halal dan 22 lot untuk gerai yang menjual makanan dan minuman tidak halal.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah diajukan kepada pihak MDS menerusi talian 084-651201 atau 084-651202 pada waktu pejabat.

 ??  ?? PERSIAPAN: Pihak jawatankua­sa penganjur ‘Food Fest Sarikei 2017’ mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat MDS untuk membincang­kan persiapan awal bagi program terbabit, Jumaat lalu.
PERSIAPAN: Pihak jawatankua­sa penganjur ‘Food Fest Sarikei 2017’ mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat MDS untuk membincang­kan persiapan awal bagi program terbabit, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia