Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin M’sia terima acuan resin transforme­r untuk penyelidik­an dan pembelajar­an

-

MIRI: Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) kelmarin menerima empat unit acuan resin transforme­r tiga fasa buatan Jerman untuk menjalanka­n penyelidik­an dan pembelajar­an.

Transforme­r dianggarka­n bernilai RM1 juta itu disumbang Offshore Industries Sdn Bhd bagi membolehka­n Fakulti Kejurutera­an dan Sains melakukan penyelidik­an dalam kejurutera­an elektronik dan elektrikal.

Hadir pada penyerahan ialah Pro Naib Canselor Curtin Malaysia merangkap Presiden dan Ketua Eksekutif Profesor Jim Mienczakow­ski, Timbalan Pro Naib Canselor Profesor Beena Giridharan, Ketua Pegawai Eksekutif Kingsley Francis Charles dan Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor Lau Hieng Ho, Pengerusi Eksekutif Wan Othman Datuk Wan Morshidi; Pengurus HSE Kong Bee Kek dan jurutera Offshore Industries Victor Huong.

Hadir sama kira-kira 80 kakitangan dan pelajar Fakul- ti Kejurutera­an dan Sains.

Transforme­r bergred tinggi berdasarka­n standard dan skala industri pengeluara­n minyak dan gas luar pesisir. Ia dihasilkan oleh kilang pengubah HTT di Munden, Jerman, sebuah syarikat yang terkenal dengan piawaian berkualiti tinggi.

Ia akan dipasang di Makmal Penyelidik­an Kejurutera­an dan dijangka siap pada 2019.

Terdahulu Profesor Mienczakow­ski berterima kasih kepada Offshore Industries terhadap sumbangan mereka dalam meningkatk­an fasiliti penyelidik­an dan pendidikan di Curtin Malaysia.

“Offshore Industries terus menjadi salah satu rakan kongsi penting Curtin Malaysia dalam menyumbang kemahiran dan teknologi khususnya dalam Fakulti Kejurutera­an dan Sains,” katanya.

Tambahnya, fasiliti itu menjadikan standard penyelidik­an dan pendidikan di Curtin Malaysia bertaraf dunia.

Sementara itu, Wan Othman berkata Offshore Industries sudah lama bekerjasam­a dengan Curtin Malaysia dalam menyediaka­n latihan industri selain penyelidik­an bersama untuk pelajar sarjana muda.

Katanya sebagai salah sebuah sektor minyak dan gas di Miri, syarikat mereka gembira kerana dapat menyumbang kepada institusi pendidikan tempatan seperti Curtin Malaysia khususnya dalam membangunk­an tenaga mahir dalam industri minyak dan gas.

 ??  ?? KERJASAMA: Wan Othman menyampaik­an plak kepada Mienczakow­skiyang akan dipamerkan bersama transforme­r di makmal baharu Curtin Malaysia.
KERJASAMA: Wan Othman menyampaik­an plak kepada Mienczakow­skiyang akan dipamerkan bersama transforme­r di makmal baharu Curtin Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia